Bagi penggemar dan pencinta masakan dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), pernahkah anda terfikir untuk menikmati aromanya setiap hari?
Jika ya, anda bernasib baik kerana KFC kini mencipta lilin wangi yang mengeluarkan aroma persis di restoran makanan segera berkenaan. Malah, anda boleh menikmati aromanya setiap hari di rumah. Hanya 25 batang lilin dikeluarkan, tetapi sayangnya, lilin ini tidak dijual di pasaran. Produk edisi terhad itu hanya diberikan kepada pelanggan di New Zealand yang berjaya mendapatkan cabutan bertuah. Menurut portal Telegraph, Syarikat KFC memuat naik foto lilin itu menerusi laman sosial Instagram rasminya beberapa minggu lalu dan menjemput pengikutnya untuk memberikan saranan produk baru yang mereka mahu syarikat itu keluarkan.
25 pemenang yang berjaya memberi saranan terbaik menerima lilin wangi yang mengeluarkan aroma dari dapur restoran berkenaan sebagai hadiah. Antara saranan diberikan termasuk, lipgloss berperisa Ayam Goreng KFC, minyak wangi KFC dan losyen badan. Wah! Kalau dah terhidu aroma ayam goreng KFC, pastilah perut akam berkeroncong mahu diisi dengan makanan dari restoran itu pula. Ada sesiapa berminat dengan lilin KFC ini tak? - CARI
|
8
Bagus |
9
Marah |
2
Terkejut |
4
Sedih |
11
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cahayahati replied at 8-12-2016 06:45 PM
Iols x leh bau ayam kepsi ni.....allergik!
Kalau terbau je,perut terus jd lapar balik walaupun ...
ADVERTISEMENT