Pelakon kontroversi, Uqasha Senrose kini menyatakan pula keinginannya untuk berlakon dalam filem epik Melayu.
Menurut Uqasha, hasratnya itu bagaimanapun bukan kerana dia bosan dengan watak yang sering ditawarkan, malah keterujaannya ingin cuba membawa pelbagai watak untuk membuktikan dirinya pelakon serba boleh yang berbakat. “Sebenarnya saya teringin nak berlakon cerita-cerita lama ataupun filem epik, seperti Puteri Gunung Ledang yang mengandungi babak seperti bersilat dan menari. "Secara jujurnya, saya belum pernah lagi bawa watak sebegitu dan itu merupakan salah satu daripada impian saya," katanya kepada Astro Gempak.
Uqasha menjelaskan bahawa setiap pelakon mempunyai watak yang mereka idam-idamkan, begitu jugalah dengan dirinya yang mahu mencuba pelbagai watak. Malahan, Uqasha juga akan menyahut cabaran jika diberi peluang untuk berlakon filem aksi. “Andai katalah ada tawaran untuk berlakon drama atau filem aksi, saya terima sebab saya rasa watak itu sangat mencabar. “Tak semestinya kita perempuan tak boleh berlakon babak aksi, teringinlah nak cuba sebab sebab watak itu pun antara yang ada dalam ‘bucket list’ saya,” ujarnya. Wah, bagus Uqasha ni nak cuba bawa pelbagai watak untuk menajamkan lagi bakat lakonannya. Mampukah Uqasha yang kelihatan lembut dan ayu itu membawa watak lasak? - CARI
|
8
Bagus |
4
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT