Sejak September tahun lalu, juara 10 kali Mr Universe, Sazali Samad digantung oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) akibat gagal ujian doping dan rayuan pertamanya pada 9 Januari ditolak badan induk bina badan negara ini.
Namun Sazali tetap tidak berputus asa untuk terus mengemukakan rayuan terhadap hukuman penggantungannya selama empat tahun agar dapat dikurangkan kepada satu atau dua tahun kerana ianya adalah kesalahan di luar gelanggang. Menurutnya, ia adalah kesalahan pertamanya sepanjang bergelar atlet negara, malah mengakui ia berlaku kerana dirinya cuai dan tanpa niat mengambil bahan terlarang. “Sepanjang tempoh penggantungan sehingga hari ini saya telah menghormati, berdisiplin dan tidak melakukan apa-apa perkara bertentangan dalam tempoh hukuman seperti yang ditetap oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada).” Bagaimanapun, katanya, sekiranya keputusan rayuan kedua ini tetap ditolak, dia bercadang untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Sebagai rekod, Sazali digantung selama empat tahun oleh PBBM selepas didapati gagal ujian doping yang dilakukan oleh Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas). Hukuman itu berkuat kuasa pada 22 September 2015, iaitu tarikh keputusan ujian berkenaan.- CARI |
7
Bagus |
4
Marah |
14
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT