Sedih juga mendengar khabar berita penyingkiran penyanyi Syura di pertandingan nyanyian Indonesia, D'Academy Asia musim kedua baru-baru ini. Memetik laporan Mstar Online, Syura berkata dia turut kecewa namun tiada apa yang boleh dilakukan lagi kerana mengalami masalah kesihatan. "Saya kecewa kerana berdepan masalah kesihatan pada konsert pertama apabila saya tiba-tiba sesak nafas dan terkena asma sehingga dibawa ke hospital. "Pertandingan tersebut memang membuatkan saya tertekan dan kurang rehat, lagi pula ini ada pertama kali saya memasuki pertandingan. Saya juga mengaku agak lambat serasi dengan pentas pertandingan tersebut," ujarnya. Dalam pada itu, Syura masih berharap dapat menonjolkan bakat dan namanya kembali dalam industri muzik. Ini termasuklah menyertai program Gegar Vaganza untuk musim ke-4 nanti. "Saya dapat tawaran untuk uji bakat pada program Gegar Vaganza musim ketiga ini tapi ketika itu saya ada peperiksaan dan tidak dapat hadir. "Saya harap sangat dapat diberi peluang sekali lagi untuk memasuki pertandingan berkenaan pada musim hadapan," katanya lagi. - CARI
|
11
Bagus |
9
Marah |
16
Terkejut |
11
Sedih |
8
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cicicumel replied at 4-12-2016 01:35 PM
Sheols status perkahwinan mcm mana?
esteryen replied at 4-12-2016 02:38 PM
"Saya juga tertekan bila mereka mengjangkakan saya seorang penyanyi popular dan berpengalaman di Mal ...
cicicumel replied at 4-12-2016 03:09 PM
Xyh la suara klon ct... pepun dia lebih cntik drpd ct nana
nazrul90 replied at 4-12-2016 03:06 PM
itu dia refer masa dia dkt DAA2, bukan untuk GV
ADVERTISEMENT