Selepas ini, sesiapa yang membuang sampah secara haram di kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong, Melaka, akan dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga RM10,000.
Menurut mStar Online, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin menegaskan bahawa orang awam yang melakukan kesalahan itu akan didakwa mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). "Sebelum ini, kawasan ini telah diakses sebagai kawasan 'tutup selamat', namun kita dapati sehingga kini terdapat sesetengah kontraktor yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi tersebut. Kita juga menerima laporan bahawa kawasan ini juga turut dijadikan sarang penagih dadah.
"Justeru, kita akan mengambil langkah proaktif dengan terus memantau dan melakukan pengawasan secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya kepada pemberita. MBMB bertindak menutup laluan ke kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong dan memasang pagar penghalang di laluan masuk bagi mengatasi masalah pembuangan sampah secara haram selepas penutupannya tahun lepas. Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai pusat rekreasi bagi mengelak orang awam membuang sampah di kawasan itu. - CARI
|
47
Bagus |
15
Marah |
21
Terkejut |
12
Sedih |
22
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT