Fuh, memang terbaik bos syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes ini. Gambar yang dimuat naik di laman Facebooknya baru-baru ini menunjukkan Tony dengan berbesar hati telah menghadiahkan sebuah kereta mewah, BMW Hybrid kepada seorang kapten yang dikenali dengan nama Kapten Omar. Wah, nampak sangat yang Tony bukan sahaja seorang yang menyayangi pekerjanya malah dia juga turut menghargai kesetiaan yang diberikan kapten terhadap syarikatnya. Menurut apa yang ditulis, Kapten Omar sudah bersama dengan Air Asia selama 20 tahun, satu bulan. "Saya dan @din.meranun telah memutuskan untuk membelikan sebuah BMW Hybrid. Kami ada juruterbang yang sangat mengagumkan, dan menjadikan Kapten Omar sebagai contoh. Nikmati pemberian ini dan terima kasih kepada semua juruterbang yang hebat." Jelas kelihatan dalam gambar yang dimuat naik, Tony memeluk Kapten Omar dengan berlatar belakangkan kereta mewah berwarna putih. Netizen yang kagum dengan pemberian ini banyak memberikan pujian terhadap Tony kerana sifatnya yang memandang pekerja sebagai sebuah aset yang tidak ternilai harganya berbanding memandangnya sebagai kuli. Lepas baca, mesti ramai di luar sana bercita-cita dan berharap dapat bos seperti ini kan? Apa-apa pun buatlah sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas, pasti kejayaan bakal jadi milik anda! -CARI |
33
Bagus |
23
Marah |
14
Terkejut |
27
Sedih |
17
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT