Kes tembakan membabitkan Datuk dan pengawal peribadi petang semalam selesai apabila suspek berjaya ditangkap pihak polis.
Menurut laporan Astro Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, mangsa dikenali sebagai Datuk Ong Teik Kwong, 32, serta dua individu, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala. "Punca kejadian masih dalam siasatan. Mangsa merupakan seorang Datuk. Suspek telah pun ditangkap dan kes kita anggap selesai. Motif masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita. Menurut laporan, suspek yang merupakan pengawal peribadi mangsa sebenarnya bukan merupakan 'bodyguard' di mana-mana syarikat pengawal keselamatan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam Khamis itu, seorang petugas media dan pekerja awam cedera terkena tembakan rambang dilepaskan suspek yang cuba menembak rakannya yang berada dalam kenderaan yang sama. Mereka adalah Jurukamera sambilan RTM, Muhammad Amirul Amin Mohd Amir, 28, dan pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Nurul Huda Abdul Aziz, 38, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). Muhammad Amirul cedera di bahu kiri dan menjalani pembedahan pagi ini manakala Nurul Huda kritikal kerana mengalami pendarahan teruk dan ditempatkan di wad ICU untuk pemantauan. Sementara itu, seorang lagi mangsa lelaki, kenalan kepada Datuk berkenaan, hanya cedera di kepala dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan pada jam 12 tengah malam tadi selepas menerima rawatan. Tiga mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HPP untuk bedah siasat. - CARI
|
10
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
29
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kemaruk replied at 1-12-2016 09:45 PM
Macam ni baru betul.. kalau dah stress dan depresi sangat, jangan bunuh diri dulu..
Baik bunuh du ...
kemaruk replied at 1-12-2016 09:45 PM
Macam ni baru betul.. kalau dah stress dan depresi sangat, jangan bunuh diri dulu..
Baik bunuh du ...
MissNigga replied at 1-12-2016 09:28 PM
George Town, 1 Dis - Tiga, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di T ...
babyleo68 replied at 1-12-2016 10:15 PM
Ni la yang iolls tengok kat whatsapp tadi ape case penuh eh? Bodyguards yang amok tu kan? :fun ...
CiliPadiSedap replied at 1-12-2016 10:20 PM
bodyguard dato tu ke yang mengamuk?
ADVERTISEMENT