Majoriti dari kita tidak mengambil peduli langsung tentang tanda semi bulatan putih yang ada pada kuku. Ternyata tanda seperti bulan sabit atau dikenali sebagai Lunula ini tidak boleh diambil remeh ya! Sebenarnya ia boleh dijadikan tanda untuk menilai sejauh mana tahap kesihatan anda dan orang yang tidak mempunyai tanda putih ini dikatakan mempunyai masalah kesihatan. Menurut pakar kesihatan China, orang yang sihat pasti memiliki Lunula di pada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk, namun tidak mengapa jika jari manis tiada tanda tersebut kerana ia tidak memberi kesan apa-apa. Orang yang sihat mempunyai tanda Lunula yang bersaiz 1/5 dari kukunya dan jika tidak ia bermakna anda kekurangan tenaga, atau usus besar tidak sihat. Menurut Doktor Otniel Budi Kristya, ketiadaan Lunula pada kuku menandakan seseorang itu menghidapi anemia dan malnutrisi. Manakala, Lunula yang berwarna biru pucat pula menandakan tanda-tanda diabetis. Warna kemerah-merahan biasanya menandakan penyakit jantung, tekanan dan strok. Jadi apa yang perlu dilakukan sekiranya tiada langsung tanda bulan sabit ini ya? Jangan risau, jika Lunula menghilang, banyakkan pengambilan protein dan makanan yang berwarna gelap seperti cendawan dan beras perang. Jaga kesihatan anda walau di mana sahaja anda berada kerana ianya satu nikmat yang sangat bernilai. -CARI |
29
Bagus |
19
Marah |
17
Terkejut |
17
Sedih |
25
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pearl.silver replied at 1-12-2016 05:56 PM
Ohh baru perasan..
Benda tu dah hilang dr kuku2 iols
Tinggal ciputtt je kt ibu jari
cahaya_almas replied at 1-12-2016 06:52 PM
Makin menghilang...sket2 je nmpk..dulu nmpk byk gak....
swayne replied at 1-12-2016 05:58 PM
I punya kejap ada kejap takde. Paling seram orang kata kalau takde, means tak subur. Susaj jadi pe ...
pearl.silver replied at 1-12-2016 11:32 PM
Wuu boleh lak kejap2 gitu..
Mungkin betul die ckp berkaitan pemakan..hihi
Bila u mkn byk zat, di ...
mieymiey replied at 1-12-2016 07:08 PM
Ai langsung takder lunula. Memang dari kecik takder. Mksdnya?
kaychek_koksey2 replied at 2-12-2016 08:21 AM
Samala kita... Kuku ai memang dah kaler putih keseluruhannya, bukan kemerah2an mcm org lain
ADVERTISEMENT