CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Dan Bunuh Dengan Kejam!!!

5-8-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19490| Komen: 63

Badariah Ditemui Mati Dibunuh Dengan Kejam, Dirogol Di Batu Caves

Abdul Rahim Abdullah


HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di dada di bilik tidur di rumahnya di Jalan SM 4, Taman Sunway, Batu Caves dekat Kuala Lumpur petang semalam.

Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat. Rakan sekerjanya Rosnita Ishak, 33, berkata mangsa sering meluahkan hasratnya itu kepada beliau tetapi beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan, dan tidak terlintas padanya ia akan menjadi kenyataan.

“Malam tadi saya tidur di rumahnya selepas dia paksa saya temankan dia bermalam dan kami sempat bersahur bersama. Pagi tadi kira-kira pukul 6.45 pagi, dia hantar saya ke stesen bas di Greenwood sebab saya kena kerja, tapi saya tidak pasti dia kemudiannya balik naik apa. “Dia jarang balik rumah sebab kami kerja di Genting, tapi bila dia cuti panjang dia akan balik. Dia ada juga minta saya supaya tidak bekerja hari ini sebab dia nak bawak saya pergi jalan-jalan. Tapi saya berkeras untuk bekerja,” katanya ketika ditemui Bernama.


Beliau berkata berdasarkan perancangan awal mereka, dia dan Badariah bersama rakan-rakan lain ingin ke Hospital Selayang untuk melawat rakan mereka yang sakit, pada sebelah petang semalam. “Kira-kira pukul 1 petang kawan saya hubungi dia (Badariah) tetapi tidak dapat. Jadi kawan saya datang ke rumahnya dan tengok rumah dalam keadaan bersepah dengan pintu tidak ditutup tetapi hanya pintu pagar sahaja yang berkunci.

“Lepas menjerit-jerit memanggil dia, tetapi tak ada jawapan, lalu kawan saya panggil orang untuk buka pagar rumah dan menemui arwah di dalam bilik dalam keadaan kaku dengan tangan dan lututnya berikat,” katanya yang mengenali mangsa sejak lapan tahun lepas.

Kakak ipar mangsa Fatimah Ismail, 44, berkata mangsa yang telah kehilangan ibu dan ayah sejak sekian lama merupakan anak keempat daripada enam beradik.

“Kali terakhir saya jumpa dia bulan Januari lalu, ketika dia berkunjung ke rumah saya,” katanya. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


“Kejadian berlaku di sebuah rumah kedai di tingkat tiga. Mangsa yang lengkap berpakaian baju kurung ditemui mati di atas lantai di bilik tidurnya dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lutut diikat dengan kain. “Terdapat tiga kesan tikaman di bahagian dadanya manakala kawasan sekitar dipenuhi dengan percikan darah.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk, tiada senjata ditemui dan barang berharga milik mangsa juga tidak hilang,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan lanjut akan dilakukan ekoran terdapat kesan darah pada kemaluan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
8

Bagus
1

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ell768 4-8-2013 05:40 PM
Cilakos betul saper yg buat keje ni,takziah pd keluarga mangsa
Quote honda_jazz 4-8-2013 05:49 PM
kejamnya..
Quote mak_wa95 4-8-2013 05:50 PM
siannya....takziah....yang tua2 pun dah tak selamat.........
Quote sigila 4-8-2013 06:04 PM
Pelik.....
Quote chazey 4-8-2013 06:05 PM
ok. ini perbuatan orang yang dikenali mangsa.

btw,

perlu ka mention;

HAJAT seorang wanita untuk mati di bulan Ramadan menjadi kenyataan


bunyi seperti haram sangat.
Quote SulurBidar 4-8-2013 06:06 PM
Laknatullah ke atas pembunuh dan perogol Allahyarhamah..

P/s: tetiba rasa nak one by one dgn perogol tersebut.. sama ada aku yg tumbang atau dia yg tumbang.
Quote ohnoLia 4-8-2013 06:07 PM
sgt2 kejam!
Quote cmf_herrhughie 4-8-2013 06:12 PM
tolonglah,....cacai2 pro KL sila kasi explanation sikit la...nak defend KL tu bukan paling bahaya di dunia pun kena logik sikit...hari2 bukan saja tembak mati, kes rompak...kes rogol dan bunuh mcm makan nasi tiap2 hari jer...

inilah keadaan sebenarnya di KL
Quote jazaa 4-8-2013 06:20 PM
Mungkin dirogol & bunuh selepas arwah balik dari hantar kwn.....suspek ikut mabngsa dari belakang......
Quote Vokuro 4-8-2013 07:11 PM
Celah mana ada tulis rogol dalam artikel itu?
Quote Nash^Roy 4-8-2013 07:15 PM
Mana ada rogol? Nape tt wat cite fitnah dan mengaibkn mangsa di bulan pose?
Yg wartawan lak tulis impian mati di bulan ramadhan jd kenyataan.. mcm xkena je.. darjah 6 ke wartawan ni..
Quote md_nana 4-8-2013 07:17 PM
kesian nye. sedih nye dgn berita mcm ni.
Quote bungakelabu 4-8-2013 07:21 PM
kejam.... tak terkata..
Quote dellashrill 4-8-2013 07:24 PM
Kejamnya... Kesian arwah.. Al fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pembunuhnya akan ditangkap.
Quote claxicaa 4-8-2013 07:27 PM
http://www.nst.com.my/nation/general/hotel-staff-found-raped-murdered-1.332388



GOMBAK: A hotel housekeeping staff was raped and murdered in her house in Sunway Batu Caves here yesterday.
Victim Badariah Hussin, 44, was found half naked in a pool of blood by her friends when they went to check on her about 5pm.
Police sources said a team of officers was dispatched to the scene after people found the victim, clad only in a baju kurung top, in front of a room in the house.
The victim's hands were tied with a piece of cloth and positioned above her head.
"Her legs were also tied. Police believed she was raped by her assailant before she was murdered.
"The victim was stabbed in the stomach," said a source.
The source said police believed the suspect might be someone known to the victim.
Her belongings, including her wallet, was found at the scene.
A friend of the victim, Rosnita Ishak, 33, when met at the scene, said she last met the victim at 6.40am yesterday.
She said they went for sahur together, before the victim sent her to a bus stop in Greenwood nearby.
It was learnt that the friend who found Badariah's body had gone to her house about 1pm, as they had promised to visit another friend in hospital together.
When the victim did not answer her phone calls and did not open her door, she went to pick up another friend before returning to the location.
The friends then got the help of a mechanic in a workshop nearby to force open the victim's house door, before they made the discovery.
The victim's uncle, who declined to be named, said Badariah had worked as the hotel for more than 20 years.
He said the victim, from Felda Lakum in Lanchang, Pahang, only returned to the house during her off days.
Gombak police chief Assistant Commissioner Abdul Rahim Abdullah confirmed the incident.


Read more: Hotel staff found raped, murdered - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/gen ... 32388#ixzz2azzChnBK

Last edited by claxicaa on 4-8-2013 07:29 PM

Quote MissNigga 4-8-2013 09:09 PM
kijamnya pembunuh nie....
Quote noor2 4-8-2013 09:16 PM
innalillah....kejam gila pembunuh ni...



ada org gila juga asyik duk sms i....call...dia kata dapat no tel dari  org lain...pastu siap ugut...menakutkan...lepas ni nak bawak no tu ke balai polis..
Quote prettyuglybabe 4-8-2013 09:17 PM
kasihannya. takziah buat beliau. semoga pelaku dapat ditangkap dan dapat hukuman setimpal..
Quote fieyzha 4-8-2013 09:35 PM
kekejaman berlaku di mana2.. arwah mgkn sudah dapt petunjuk yg ajalnya makin dekat... al fatihah.takziah pd keluarga mangsa..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.179500 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top