Panas-panas begini memang sedap kalau 'pekena' cendol dan lagi seronok bila terdapat banyak variasi cendol yang boleh buat kita rambang mata nak pilih yang mana satu.
The Cendol Champion yang terletak di Wakaf Tengah Kuala Terengganu memang tempat yang wajib dikunjungi bagi penggemar cendol di luar sana. Antara menu yang terdapat di sini ialah cendol buah longan, rambutan, pisang dan buah-buahan campur yang lain. Rasa cendolnya yang tidak terlalu manis menjadi pilihan ramai orang yang datang dari segenap pelusuk semata-mata untuk mencuba sendiri kenikmatannya. Ada juga cendol yang ditawarkan mengikut musim buah-buahan seperti cendol durian, mangga, dan durian belanda. Harganya sangat berpatutan iaitu bermula dengan RM2.50-RM10 Bukan sahaja cendol malah ada pilihan crepes dan hidangan sampingan lain seperti laksa sarawak, popia, mi kolok dan pisang goreng. The Cendol Champion 7091-A, Kampung Wakaf Tengah, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. Waktu operasi/perniagaan Rabu hingga Isnin jam 12 tengahari - 7 malam Jumaat dari jam 3 petang- 10 malam Masukkan tempat makan ini dalam senarai wajib pergi anda jika ke Terengganu, okay? -CARI |
15
Bagus |
6
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT