CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Orang Mengejar Nikmat Ramadhan, Mereka Pula Kejar Nikmat Nafsu!!!!

5-8-2013 09:41 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 26361| Komen: 155

KHALWAT : Ditangkap berpelukan tanpa pakaian di malam-malam terakhir Ramadhan

DUNGUN – Tindakan biadab seorang gadis membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa untuk berasmara bukan sahaja memalukan jiran tetangga, malah lebih mendukacitakan, perbuatan terkutuk itu dilakukan ketika umat Islam lain berlumba-lumba melakukan ibadat pada malam-malam terakhir Ramadan.


Gadis terbabit yang difahamkan bekerja di sebuah restoran makanan segera di Dungun sebelum itu dikatakan bersama teman lelakinya bersiarsiar di pusat beli-belah sebelum pulang ke rumah sewanya kira-kira jam 11 malam.



Perbuatan itu dilakukan ketika rakan serumahnya, yang kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) sudah pulang ke kampung masing- masing sempena cuti Aidilfitri.

Ketika serbuan sepasukan pegawai penguat kuasa syariah dengan kerjasama anggota Unit Kereta Peronda Polis kira-kira jam 1.30 pagi, pintu gagal dibuka menyebabkan tingkap bilik terpaksa diumpil untuk membolehkan pihak berkuasa masuk ke dalam rumah bagi melakukan pemeriksaan. Ketika pemeriksaan dibuat, pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain tanpa pakaian atas tilam di sebuah bilik tingkat bawah banglo dua tingkat dipercayai disewa daripada seorang pegawai kerajaan.

Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga. Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim. Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.

Teman wanitanya pula berasal dari Klang Selangor, seorang bekas penuntut IPTA berdekatan dan dikatakan saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu. Kedua pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan melalui ikat jamin ahli keluarga.

Mereka bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 4-8-2013 05:53 PM
Sedap badan jantan tu walaupun lean
Quote totokreturn 4-8-2013 05:59 PM
Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu bangun dari tidur dalam keadaan terpinga-pinga. Ketika disoal siasat, pasangan itu mengakui tidak mempunyai hubungan muhrim. Pasangan lelaki berusia 21 tahun pula dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdasarkan penemuan kad ahli dalam beg duitnya.


Kalu tak perkosa, musti ahli pukeyda punya nih... 2 2 ANAK BERANAk UMNO di negeri umno....
Quote sigila 4-8-2013 06:00 PM
Sian.... kena tangkap plak.......
Quote PEPPERMAN 4-8-2013 06:06 PM
yg pencegah maksiat pun, patutnya bulan posa ni perbanyakkan baca quran, solat sunat


tp depa masih dok tegar skodeng orang
Quote jazaa 4-8-2013 06:08 PM
Bekas penuntut ipta.....ckp kat mak pak belajor....rupanya kerja mcd...nauzubillah......kat klang pun byk kerja betina oiiiii.......
Quote baby_pingu 4-8-2013 06:14 PM
tingkap umah kena umpil
Quote Acong 4-8-2013 06:26 PM
PEPPERMAN posted on 4-8-2013 06:06 PM
yg pencegah maksiat pun, patutnya bulan posa ni perbanyakkan baca quran, solat sunat

para pencegah maksiat ni sibuk nak jaga pahala org lain.......
Quote dubuk 4-8-2013 06:30 PM
boleh ke umpil rumah orang gitu?
Quote Acong 4-8-2013 06:33 PM
yg terang2an takmo nasihat............ sibuk lak tukang kira pahala org carik yg tersembunyi........



calling2 @Maideen. @TanSriJess  
Quote dubuk 4-8-2013 06:36 PM
pergi umpil hotel lah kalau nak bekerja sangat
Quote wafeenaulia 4-8-2013 07:00 PM
Perghhhh umpil tingkap umah org ikut suka mcm rumah bapakk dia.. Hebatt.
Quote timahterung 4-8-2013 07:00 PM
totokreturn posted on 4-8-2013 05:59 PM
Kedua-duanya yang pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguat kuasa kemudiannya terkejut lalu ban ...

ahli PERKASA tu ramai kaki maksiat, yang dulu beromen dengan pelakon kurang terkenal Qila Amir tu pun ahli PERKASA jugakk
Quote brownstone 4-8-2013 07:04 PM
Rimas dgn tangkapan khalwat....moral policing x sudah2...
Quote PEPPERMAN 4-8-2013 07:06 PM
perlu digubal undang2 melindungi hak warganegara untuk bersunyi2an dengan privasi, tanpa diganggu oleh para pobai
Quote Nash^Roy 4-8-2013 07:07 PM
Ada sape2 rs terhina x ngan tindakan couple horny ni?
Quote mak_wa95 4-8-2013 07:13 PM
yang dapat tangkap....yang terlepas lagi ramai...ni asanya ditangkap berdsarkan aduan jiran atau masyarkat setempat
Quote the_killer 4-8-2013 07:23 PM
PEPPERMAN posted on 4-8-2013 07:06 PM
perlu digubal undang2 melindungi hak warganegara untuk bersunyi2an dengan privasi, tanpa diganggu ol ...

..penjenayah pon ada hak lakukan jenayah bagi menyara hidup
Quote bungakelabu 4-8-2013 07:28 PM
keji nya.. tak bagi can depa pakai baju dulu ka
Quote Acong 4-8-2013 07:47 PM
lobai takmo tegur yg ini kaa?



Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061595 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top