Selalunya kita didatangkan dengan kisah-kisah viral orang mencari jodoh di laman sosial, tak kira la sama ada lelaki mahupun wanita. Kali ini, status yang ditulis seorang gadis di sebuah laman sosial Instagram menjadi viral dan 'panas' dibincangkan di Facebook.
Rosshairaa (nama IG), 19, bukan sahaja 'mempromosikan' dirinya di laman sosial, malah mendakwa bercita-cita mahu bermadu jika berkahwin kelak. "Saya tak ada masalah jika dia (bakal suami) mahu berkahwin lebih dari satu kerana saya mahu pastikan kebahagiannya.
"Saya ni jenis tak pandai merajuk dan saya tak kisah pun nak korbankan perasaan saya demi kebahagiaan dia sebab dia dah tolong tanggung semua dosa saya. Jadi apa salahnya saya balas jasa dia," kata Rosshairaa. Status itu dikongsikan di laman Facebook Fuh Dot My dan mendapat perhatian ramai netizen dari kalangan wanita yang rata-rata mengecam pengakuan gadis itu. Macam-macam perangai pelik orang pamerkan di laman sosial masing-masing sekarang ni. Apa-apapun, balas jasa kedua ibu bapa awak dulu, dik. Habiskan pengajian dulu dan cari kerja untuk kukuhkan kewangan, baru fikir soal kahwin. Walau apa pun, semoga berjaya 'capai impian' ya, dik. - CARI
|
18
Bagus |
20
Marah |
12
Terkejut |
11
Sedih |
13
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT