Waktu ini mungkin ada antara kita yang merungut dengan keadaan kereta yang sudah lama, lusuh dan juga pelbagai 'kerenah' lain.
Seterusnya membuatkan perasaan untuk memiliki kereta yang baharu dan lebih besar bukan satu yang baru. Melonjak-lonjak dengan keinginan yang belum tentu menjadi keperluan yang sebenar. Begitulah yang dilalui ramai orang, kehendak melebihi keperluan dan nafsu melebihi segala-galanya. Bagaimana untuk menahannya, hanya dengan bersikap syukur. Itu yang dikongsikan oleh seorang netizen ini yang dikenali dengan nama Muhammad Ahmad. Katanya memiliki keinginan yang besar untuk berkereta dan motorsikal berkuasa tinggi memang sinonim dengan dirinya.
Malah, sering sahaja merungut kerana kenderaan yang digunakan sekarang tidak begitu selesa. "Kadang-kadang saya pernah merungut sebab kereta myvi tidak selesa sangat. Lepas tu beli kereta lebih besar 2.5cc, tak selesa lagi sebab tidak laju pula. "Akhirnya macam-macam Allah swt tunjukkan depan mata betapa perlunya saya bersyukur. Jangan ikut selera hati, saya buat keputusan jual semua kecuali myvi." "Alhamdulillah sekarang saya rasa puas hati walaupun berkereta 1.3 cc." Netizen ini menceritakan bagaimana perasaan dan keinginan yang tidak mencukupi untuk ibarat tiada penghujung. Selepas satu dan satu kereta baharu yang dibeli, masih rasa tak cukup dan mahukan sesuatu yang lain pula. Namun, dia cuba untuk tidak menurut kata hati dan akhirnya kini cukup dengan hanya satu kereta sahaja. "Hari ini memandu bawa anak dan isteri jalan-jalan. Saya cakap dengan isteri betapa kita wajib bersyukur. Di hadapan kita satu famili membonceng motorsikal, seorang anak ditengah seorang lagi depan bapa. "Kita nampak ini tindakan bahaya. Hakikatnya keluarga betapa bersyukurnya mereka kerana memiliki motor untuk ke mana-mana." Berikut merupakan antara komen yang diberikan di kalangan netizen lain. Ternyata perkongsian ini memberi kesan yang tersendiri kepada mereka yang membacanya. Memang tiada yang tidak benar apa yang diperkatakan, kesederhanaan dan bersyukur itu adalah segalanya. - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
19
Terkejut |
25
Sedih |
12
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 29-11-2016 06:25 PM
Ngada2 nya mamat nih
X reti bersyukur...skang dh reti bersyukur baru ada akai
whadda replied at 29-11-2016 10:28 PM
Ni pon boleh jadi bahan cerita
rosmahisham replied at 30-11-2016 07:43 AM
Ok laa tu dh insof.tp jgn hrp org blh ikut cara ko dek.klu mmg mampu n duit berkepok x kan nk bermy ...
chinta89 replied at 30-11-2016 09:07 AM
asal bersyukur je, asal insaf je, post di public.
kejap lg ade yg lahar "perkara baik ape salahny ...
zztop63 replied at 2-12-2016 02:41 PM
apa barang pakai myvi..pakai la honda......................honda wave..
Super-M replied at 6-12-2016 10:15 AM
kau ni macam tak biasa pulak.
org sekarang ni bersyukur,berdoa,sedekah pun semua nak beritahu kat ...
ADVERTISEMENT