Biasalah tu bila dah popular atau semakin popular, ramai la yang mengaku sahabat dan saudara mara. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi Gmie (Screen) apabila bilangan orang yang mengenali dirinya meningkat berbanding suatu ketika dahulu.
Menurut Hajmi Ibrahim, 45, atau lebih mesra dengan panggilan Gmie, populariti diraih selepas menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) menyebabkan ramai saudara mara mengunjunginya semata-mata mahu bertemu dan mengambil gambar dengannya. "Saya masih rasa seperti tidak percaya menerima ramai peminat secara tiba-tiba sejak menyertai program ini, malah ramai juga peminat baru yang sebelum ini tidak kenal pun saya sebagai seorang penyanyi.
"Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja saudara-mara saya yang datang dari jauh bertandang ke rumah untuk bertemu saya. Ia seperti hari raya pula rasanya," ujar Gmie kepada mStar Online. Malah, dia juga pelik apabila mendapat perhatian luar biasa ketika ke pasar malam. Bukan itu sahaja, kalau dulu orang seperti tidak mengenali dirinya dan buat tidak endah sahaja, kini dia bukan sahaja ditegur dengan ramah, malah mereka turut memberi makanan yang dijual untuk dirasanya. "Tapi saya juga ada rasa bimbang bila ramai peminat, saya takut tidak dapat memberikan yang terbaik dan menghampakan mereka," katanya. Jangan bimbang Gmie, teruskan usaha anda seperti biasa kerana peminat setia pasti sentiasa menyokong. - CARI
|
28
Bagus |
20
Marah |
18
Terkejut |
27
Sedih |
14
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
CARI-MAL replied at 29-11-2016 09:55 AM
Biasalah tu bila dah popular atau semakin popular, ramai la yang mengaku sahabat dan saudara mara. B ...
ADVERTISEMENT