Kes pukau yang melibatkan wang lesap sehingga beribu-ribu nampaknya memasuki fasa baharu bila seorang netizen baru-baru ini berkongsi kisah bagaimana keluarganya hampir menjadi mangsa pukau.'
Modus operandi yang digunakan termasuklah memakai pakaian serba lengkap persis seorang wanita muslimah alim warak. Lengkap dengan tudung labuh dan juga niqab yang menutup wajahnya. Yang pasti ia dilakukan untuk mengelak identiti diketahui orang, selain memperguna imej muslimah sejati untuk mengelirukan pandangan orang lain. Kisah yang dikongsikan oleh netizen ini sememangnya sangat berbahaya kerana si penjenayah begitu berani datang ke rumah lalu memukau keseluruhan ahli keluarga. Keadaan lebih mengharukan kerana anak-anak sedang tidur di ruang tamu, manakala tiada ahli keluarga lelaki yang ada ketika itu. "Dia datang depan grill tiba-tiba tanya dalam rumah ini ada kayu jati tak? Saya terus cari mak kat dapur minta tolong tutup pintu. "Saya takut mereka tuju anak-anak, baby..duit hilang boleh cari balik, syukur Allah lindung." "Satu rumah macam kena simbah minyak atar bau dia..mulut kumat kamit dengar macam di baca jampi.." Begitulah antara perkongsian yang diberikan oleh netizen ini. Katanya, dia cuba untuk bersangka baik namun dengan apa yang berlaku, banyak perkara pelik terjadi. "Apa tujuan datang rumah tanya kayu jati? kenapa rumah tiba-tiba bau minyak yang pelik sampai kami naik khayal? Kenapa sanggup berdiri lama depan tu? "Kenapa waktu kami tak buka pintu grill dengar suara baca-baca entah apa-apa?" persoalan yang diutarakan oleh netizen ini. Namun, netizen ini bersyukur kerana tiada apa yang berlaku kepada keluarganya. Katanya lagi, siapa sangka hal yang sama telah berlaku hari sebelumnya di kawasan sekitar. Mangsa dikatakan kerugian sehingga RM6,000, melalui kehadiran dan soalan yang sama iaitu tentang kayu jati. Kesimpulannya, jangan sesekali biarkan orang yang tidak dikenali berada di kediaman anda lebih-lebih jika tiada kaum keluarga lelaki di sisi. Mereka ini boleh lakukan pelbagai jenis jenayah terhadap keluarga anda walau hanya dengan sekelip mata. - CARI |
21
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
18
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ronapink replied at 28-11-2016 08:26 PM
ni indon punya keja lagi
@jazaa100
jazaa100 replied at 28-11-2016 08:30 PM
Memang keja indon le ni.....
Hish....bila lah nk pupus bangsa ni.... :
FARRAZOOL replied at 28-11-2016 10:59 PM
Mcm2 kes...
ronapink replied at 29-11-2016 12:22 AM
indon punya keje la ni..
pukau memaukau..
FARRAZOOL replied at 29-11-2016 12:27 AM
X ada maknanya nk usha @ brnapsu dgn yindon...Thanks for the reminder
Jantina iolss..is.... :fu ...
ronapink replied at 29-11-2016 12:22 AM
indon punya keje la ni..
pukau memaukau..
ajinomotonosuga replied at 28-11-2016 08:14 PM
Gantung ikan.puyu kat pintu tu, bukan ikan paus tauuu
mehmet replied at 29-11-2016 04:14 PM
Gantung Ikan Puyu hidup atau Mati ? Nak gantung di mana ?
ajinomotonosuga replied at 28-11-2016 08:14 PM
Gantung ikan.puyu kat pintu tu, bukan ikan paus tauuu
ADVERTISEMENT