Hidupnya selalu dirundung masalah serta kontroversi cinta dan gara-gara semua tekanan dahsyat ini, Selena Gomez terpaksa mendapatkan rawatan di pusat pemulihan. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Selena ketika menerima anugerah Artis Wanita Paling Diminati pada Anugerah Muzik Amerika (AMA) di Los Angeles, Amerika Syarikat. Disebabkan seringkali terpaksa cuba memuaskan hati banyak pihak, Selena pernah mengalami tekanan termasuk sindrom kemurungan dan serangan panik. “Sama ada saya suka atau tidak, saya sedar ramai yang tahu kisah hidup saya, tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa adakalanya saya pernah mahu berhenti (sebagai anak seni) kerana sudah penat untuk berdepan dengan semua perkara." Menurut Utusan Online, pelantun lagu The Heart Wants What It Wants ini benar-benar 'sakit' di dalam namun terpaksa berpura-pura semuanya okay kerana tidak mahu mengecewakan peminatnya. Namun dia menganggap dirinya seorang yang bertuah kerana mempunyai peminat yang sentiasa memberi sokongan dan tidak mahu kehilangan kasih sayang tersebut. “Saya bersyukur kerana saya berpeluang berkongsi cinta dan kasih sayang ini dengan ramai orang. Dan kerana kesetiaan ini juga yang membawa dan membolehkan saya berjaya sehingga ke hari ini." Kasihan bila dengar ramai artis-artis yang mengalami permasalahan yang sama. Biasalah, industri hiburan memang banyak cabarannya. Harap bertabah! -CARI
|
20
Bagus |
29
Marah |
19
Terkejut |
22
Sedih |
36
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Victorioussss replied at 28-11-2016 03:34 PM
I shall wait for you selenar gomez..love u dearly, tc tau!
ADVERTISEMENT