Mengejutkan bila 'tetamu tak diundang' tiba-tiba memenuhi dan menyerang sebuah majlis perkahwinan di Kuala Tebengau, Kedah semalam.
Dilaporkan jutaan ulat hitam menyebabkan perkahwinan itu terganggu sekaligus menyebabkan tetamu terpaksa pulang lebih awal. Memetik laporan Astro Awani, bapa pengantin Mat Ali Zainol bimbang dengan situasi tersebut sehingga terpaksa menyembur racun serangga berhampiran kawasan rumah. Namun, tindakan itu tidak membuahkan hasil malah kehadiran ulat tersebut yang dipercayai dari pokok api-api di tepi laut semakin banyak. Penduduk di situ mendakwa serangan ulat yang turut dipanggil ulat gonggok itu berlaku sejak seminggu lalu. Awani turut melaporkan sehingga kini kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau semuanya diserang makhluk perosak itu. - CARI
|
10
Bagus |
10
Marah |
9
Terkejut |
11
Sedih |
14
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
missinpiece replied at 27-11-2016 10:59 PM
Mungkin musim mengawan. Mungkin jugak sarang kena air ke
zaharul_asriq94 replied at 28-11-2016 12:17 AM
Oh kalau sarang kena air, boleh jadi fenomena macam ini ya?
ADVERTISEMENT