Heboh lagi di laman sosial mengenai sebuah video memaparkan kekejaman pembantu rumah mendera anak majikan. Lokasi kejadian bagaimanapun masih belum dikenal pasti. Video berkenaan dimuatnaik di laman Facebook milik Nelydia Senrose, beberapa hari lalu.
Memang kejam apa yang dilakukan oleh pembantu rumah itu apabila dia dengan selambanya memperlakukan kanak-kanak itu seperti 'boneka'. Video berdurasi 19 minit itu memaparkan bagaimana pembantu rumah berkenaan menekup muka kanak-kanak itu dengan sebiji bantal menggunakan kedua-dua kakinya sambil berdiri. Sedih dan marah apabila mendengar kanak-kanak itu meraung terisak-isak sehingga serak suaranya. Layakkah pembantu rumah itu kita gelar manusia sedangkan perlakuannya seperti 'binatang'.
Malahan, pembantu rumah itu langsung tidak mengendahkan kanak-kanak itu yang tidak cukup nafas dan meronta-ronta minta dilepaskan. Loading FB Post... Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu. Malah, netizen juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan wanita berkenaan. Apalah salah kanak-kanak itu sehingga diperlakukan sebegitu rupa. Tidak ada walau sekelumit perasaan belas terhadap kanak-kanak itu! Semoga wanita itu segera ditangkap dan diberi balasan setimpal kerana menganiaya kanak-kanak. - CARI
|
29
Bagus |
28
Marah |
22
Terkejut |
20
Sedih |
20
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT