CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hukuman Penjara 14 Hari Terlalu Ringan - Peguam Negara

28-11-2016 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7233| Komen: 83


Masih tidak surut tentang berita penahanan kedua pasangan kerana bertindak biadap terhadap anggota MBSA melakukan tugas minggu lalu.

Terbaru, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah. Ini kerana menurut Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 adalah terlampau ringan, petik laporan Bernama. 

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.  

Malah, Jabatan Peguam Negara memandang isu ini sebagai perbuatan yang serius terutama bila ia melibatkan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam melakukan tugas. 

Sebelumnya, pasangan tersebut Lor,35 dan Tan,30 mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23 kerana pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Sungai Buloh Khamis lalu. - CARI 


Foto: Mstar
14

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
33

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 27-11-2016 07:38 PM
Dulu ada video acik kepam gocoh dgn penguatkuasa sampai tercabut2 tudung

Yg itu bagi aku lagi melampau tapi x tau lah apa jadi
Quote kornea 27-11-2016 07:46 PM
14 hari penjara ...okay la tuh
Quote oppol 27-11-2016 07:50 PM
Yang laki badan besar tapi otak kecil..
Yang perempuan badan kecil tapi otak lagi kecil...
Dua-dua muka macam orang terencat akal...
Quote ninnakarinna 27-11-2016 08:29 PM
Akhirnya..ada jgk yg suarakan..byk bunyi dlm socmed je ckp hukuman terlalu ringan.

Ni secara rasmi. Siap rayuan lg..
Quote alieyrina 27-11-2016 08:36 PM
Kaann...laki aku pun duk merungut..14 hari nak jadi apa..tp aku kata cukup kut..lepas ni kuar lokap konfem depa duk menikus kat rumah...malu kat public lg teruk kut impak dia..
Quote OmJualGas 27-11-2016 08:45 PM
Ok la tu. Kasi tinggal lama-lama dalam penjara besi lantai simen...
Quote ronapink 27-11-2016 08:47 PM
depan penguatkuasa bukan main ko buli..

digari polis, masuk mahkamah, menikus
Quote ronapink 27-11-2016 08:47 PM
harap rayuan diterima, penjara 2 tahun
Quote tom2 27-11-2016 08:47 PM
Hurm. Buat pengajaran untuk semua orang. Tak kira bangsa atau agama.
Quote FanTasyCreaTioN 27-11-2016 08:54 PM
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas suami isteri yang mengasari anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata ini kerana ia berpandangan hukuman ke atas Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun iaitu penjara 14 hari dan denda RM3,000, dan jika gagal membayar denda dipenjara tujuh hari, adalah terlampau ringan berbanding kesalahan yang dilakukan.

Rayuan terhadap keputusan itu difailkan pada hari sama hukuman dijatuhkan iaitu Jumaat lalu, katanya dalam kenyataan hari ini.

"Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan sama," katanya.

**setuju sangat-sangat

Mohamed Apandi menegaskan Jabatan Peguam Negara amat memandang serius perbuatan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Perbuatan sedemikian, katanya, adalah kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Lor, 35, dan Tan, 30, mengaku salah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika pegawai itu mengeluarkan saman ke atas sebuah kenderaan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Khamis lalu.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan antara kedua-dua pihak menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial. - BERNAMA


Quote jazaa100 27-11-2016 09:30 PM
alieyrina replied at 27-11-2016 08:36 PM
Kaann...laki aku pun duk merungut..14 hari nak jadi apa..tp aku kata cukup kut..lepas ni kuar lokap  ...

Kau ingat senang ke klu kena penjara tu??...
Ic terus tukar coklat tau....wlupun sehari...
Quote ronapink 27-11-2016 09:32 PM
jazaa100 replied at 27-11-2016 09:30 PM
Kau ingat senang ke klu kena penjara tu??...
Ic terus tukar coklat tau....wlupun sehari...  ...

ya ka, xtau lagi..

bekas banduan ic jadi lain warnanya..

kalau swasta kena buang keje tak..
Quote ronapink 27-11-2016 09:33 PM
awat berita yg sama dok tepek berkali2
Quote alieyrina 27-11-2016 09:35 PM
jazaa100 replied at 27-11-2016 09:30 PM
Kau ingat senang ke klu kena penjara tu??...
Ic terus tukar coklat tau....wlupun sehari...  ...

Baguslah..baru tau..so derang dapat 'bonus'  lagi..
Quote jazaa100 27-11-2016 09:39 PM
ronapink replied at 27-11-2016 09:32 PM
ya ka, xtau lagi..

bekas banduan ic jadi lain warnanya..

Ala dia tu cina....kebanyakannya bisnes sendiri, tak de hal....


Ingat tak kes remaja kat perlis yg kena hukum penjara sehari sbb tak pergi PLKN? Aku masa tu terpikir, giler ke apa hakim bg hukuman tu...nasib baik ada wakil rakyat byr denda berapa ratus ntah sbb nak elakkn ic dia bertukar coklat....  

Ic coklat utk bekas banduan.  Penjara sehari pun dah kira bekas banduan...

Quote FOTHER-MUCKER 27-11-2016 09:41 PM
Kalau saya simpan mereka dalam jail 2 tahun.
Quote ronapink 27-11-2016 09:43 PM
jazaa100 replied at 27-11-2016 09:39 PM
Ala dia tu cina....kebanyakannya bisnes sendiri, tak de hal....

mau terlungkup bisnes dia..

orang pun takut..kalau dah kena penjara laki bini sapa nak run bisnes dlm tempuh tu..

kalau ic warna coklat tu nak apply loan bank ke haper lulus ke tak..
(mcm2 pulak tanya,sbb 1st time dengar ic coklat)
Quote FanTasyCreaTioN 27-11-2016 09:44 PM
ronapink replied at 27-11-2016 09:33 PM
awat berita yg sama dok tepek berkali2
FC yang tepek kali kedua sebab artikel yang TT tepek tu terlampau halus



Quote HannahMontana 27-11-2016 09:46 PM
jazaa100 replied at 27-11-2016 09:30 PM
Kau ingat senang ke klu kena penjara tu??...
Ic terus tukar coklat tau....wlupun sehari...  ...

ko boleh upload contoh IC coklat

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052376 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top