Harimau Malaysia bukan sahaja tidak berjaya mendapatkan kemenangan yang dicari, malah tumpas 1-0 kepada Myanmar, sekali gus gagal melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.
Memetik laporan Bernama, kekalahan itu tidak hanya mengecewakan penyokong Malaysia, malah pasti banyak mata yang hanya melihat kegagalan itu ke arah jurulatih Datuk Ong Kim Swee, tetapi mungkin beliau tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya atas kegagalan itu. Pelbagai masalah yang diterima Kim Swee sejak memikul tugas secara rasmi pada Januari lalu termasuk kekurangan pemain yang benar-benar berkualiti dan ditambah pula dengan persaraan empat tonggak utama membuatkan Kim Swee berdepan tekanan. Melihat kepada persembahan keseluruhan skuad itu sepanjang kempen Piala AFF Suzuki kali ini, semangat dan disiplin tinggi pemain ketika di atas padang seharusnya boleh dipuji. Namun, kelemahan utama yang mungkin dihadapi Harimau Malaysia ketika ini adalah kita masih kekurangan pemain yang memiliki kemahiran individu yang tinggi termasuk aspek kepantasan, keyakinan menggelecek dengan baik dan melakukan penyudah lebih tajam.
Sejurus tamat permainan, Kim Swee mengakui, beliau gagal memenuhi Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan FAM dan menyerahkan nasibnya kepada badan bola sepak itu.- CARI |
13
Bagus |
20
Marah |
25
Terkejut |
14
Sedih |
25
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
lkick2113 replied at 16-11-2016 05:32 PM
Gopi tak terpilih ka?
lanesra replied at 16-11-2016 05:48 PM
gopi tarak. rozaimi pun tarak terpilih.
haruslah replied at 18-11-2016 11:21 AM
rozaimi dah fully recover ke?
ADVERTISEMENT