Sebuah agensi berita terkemuka dunia, Al Jazeera membuat satu pendedahan mengejut mengenai isu penjualan bayi di Malaysia menerusi sebuah laporan video bertajuk Malaysia: Babies For Sale – 101 East.
Memetik laporan Berita Harian, video berdurasi 25 minit yang disiarkan bermula semalam itu, memaparkan bagaimana Malaysia menjadi sebuah hub untuk menjual bayi di mana pembelinya boleh memilih bayi mereka sendiri berdasarkan jantina, bangsa dan warna kulit. Oleh kerana proses undang-undang yang terlalu kompleks bagi mengambil anak angkat, ramai pasangan yang terdesak untuk mempunyai anak memilih untuk mengambil ‘jalan alternatif’ ini. Apatah lagi dengan ketersediaan penyeludup-penyeludup bayi ini, jalan ini nyata kelihatan lebih cepat dan mudah untuk pasangan mendapatkan anak secara segera. Para penyeludup bayi menggunakan kemudahan internet seperti laman sosial Facebook untuk mengiklan dan menjualnya, malah turut menyediakan katalog bayi bagi membolehkan pembeli memilih bayi mengikut citarasa mereka.
“Mereka lebih canggih sekarang, anda boleh memilih bayi secara atas talian. Ada bayi Cina, Melayu, Chindian, dah macam pasaraya,” kata Aktivis Hak Asasi Kanak-Kanak, Hartini Zainuddin dalam temubual bersama Al Jazeera. Susulan pendedahan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera menyiasat dan menahan semua pihak yang terbabit dalam urus niaga jual beli bayi di negara ini jika dakwaan itu benar. Unit Komunikasi Korporat KPWKM dalam satu kenyataan, hari ini berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, pihaknya memang memandang serius isu terbabit.- CARI |
27
Bagus |
14
Marah |
27
Terkejut |
18
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT