CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bas Ekspres 2 Tingkat Kb-Kedah Terbakar!

4-8-2013 06:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5900| Komen: 18


Anggota bomba memeriksa bas terbakar selepas api dipadamkan dalam kejadian tengah malam kelmarin.

JELI - Dua pemandu dan 45 penumpang terselamat daripada maut apabila sempat keluar dari sebuah bas ekspres yang tiba-tiba terbakar di Batu 17, Lebuhraya Timur Barat berhampiran Hentian Damai, dekat Jeli, awal pagi semalam.
        
Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika bas ekspres dua tingkat terbabit dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju ke Kedah.
        
Tindakan pantas pemandu bas itu, Zulkifli Ramli, 36, mengarahkan semua penumpangnya turun selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena di bahagian enjin berjaya menyelamatkan kesemua penumpang.
        
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Soleh Nasir berkata, kebakaran menyebabkan bas Shamisha Ekspres itu hangus selepas api membakar keseluruhan kenderaan berkenaan.
        
        “Kejadian berlaku ketika bas dua tingkat daripada model terbaharu ini sedang mendaki bukit apabila pemandu menyedari lampu pengesan api di bahagian enjin menyala.
        
        “Pemandu kemudian cepat-cepat memberhentikan bas dan meminta semua penumpang turun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.
        
Soleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah malam dan sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 12.50 tengah malam, api sudah merebak hampir keseluruhan bas.
        
        “Api dipercayai berpunca dari bahagian belakang yang menempatkan enjin sebelum merebak ke seluruh bahagian bas, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

11

Bagus
4

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cupu 3-8-2013 04:44 PM
Shamisha ni mmg pelik2..bln 6 lps,sepupu eksiden ms naik bas ni.kat pahang rasanya.kn potong kaki paraa lutut.
Quote Najib08 3-8-2013 04:47 PM
Model baru dah terbakar?
Quote jonlabu 3-8-2013 04:48 PM
abis baju3 raya bwk balik kpg terbakar
Quote mikasa 3-8-2013 04:48 PM
ada org charge hp samsung S4 kot dalam bas ni
Quote rawahah 3-8-2013 04:55 PM
kerajaan kena siasat punca banyak sangat kenderaan terbakar tanpa sebab akhir2 ni.. kalau eksiden then terbakar ok lagi, ni tetiba aje terbakar. tak ke pelik..
Quote kasibiman 3-8-2013 05:05 PM
Ada pekdahnya model terbaru
.. Warning light keluar.  

dgn enjin Kat belakang, kalu warning light tak keluar harus la api naik dulu Baru drebar pasan
Quote tongkatwaran75 3-8-2013 05:50 PM

time tu lepas buka plak tu...
mesti penumpang tido semacam...

Quote abbyhoney 3-8-2013 08:17 PM
Kesiannya..semua tu nak balik beraya..sempat ke tidak nak selamatkan beg2 pakaian semua...baju2 raya semua dlm tu kan..Alhamdulillah tak ada nyawa yg melayang..
Quote matamata 3-8-2013 08:42 PM
Alhamdulillah semua jiwa selamat...
baju raya tu blh beli lain...kalau tak thn ni thn depan pon boleh...
tarak baju baru pun blh raya apa...
Quote Innrukia 3-8-2013 08:43 PM
Pernah naik bas shamisha 2 tingkat dari Penang ke Kelantan....takleh lena langsung
seram cam naik buaian ajer....sumpah xnak naik dah
Quote Suchi 3-8-2013 08:46 PM
takutnyaaa...mujur drebar perasan..sian sgt pd penumpang yg terpaksa lalui keadaan ini.pasti trauma
Quote voiletiris 3-8-2013 08:53 PM
selepas musim tembak menembak..di ikuti musim terjidi bas express
Quote ctaz 4-8-2013 01:29 PM
time nak blk raya tu......
sib baik takder apa2.......
Quote dellashrill 4-8-2013 01:35 PM
kasibiman posted on 3-8-2013 05:05 PM
Ada pekdahnya model terbaru
.. Warning light keluar.  

Itulah kebaikan teknologi.
Quote rospinki 4-8-2013 01:51 PM
jonlabu posted on 3-8-2013 04:48 PM
abis baju3 raya bwk balik kpg terbakar

Tu yg duk pikir..brg2 kt bawah tu smpt ke ambik..ke abis tebako skli
Quote dellashrill 4-8-2013 03:47 PM
rospinki posted on 4-8-2013 01:51 PM
Tu yg duk pikir..brg2 kt bawah tu smpt ke ambik..ke abis tebako skli

Kalau xpanik mungkin dapat selamar. Kalau panik? Terbakar la jawabnya.
Quote kluangman 5-8-2013 10:35 AM
Ada kemungkinan ada short circuit sebab bas dua tingkat sekarang facilities dah macam kapal terbang.
Anyway installer pun tak berapa competence utk buat wiring dalam automotive. X sama mcm wiring rumah.

Installer kat malaysia ni pun rasanya tak pernah rujuk sebarang standard samaada daripada IEE ataupun SAE standard.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047298 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top