CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pastikan Wang Dalam Atm Mencukupi !

4-8-2013 05:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3609| Komen: 20

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Gabungan  Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan bank untuk memastikan wang tunai di dalam mesin juruwang automatik (ATM) mencukupi sepanjang cuti perayaan.

Timbalan Presidennya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata FOMCA menerima banyak aduan mengenai masalah kehabisan wang tunai dalam ATM dan kerosakan mesin itu yang menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran.

"Penggunaan wang tunai ketika musim perayaan amat diperlukan terutama apabila ramai pengguna melalui perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung masing-masing.

"Namun sering kali mesin ATM mengecewakan kerana ia kerap kehabisan tunai dan rosak serta mengambil masa yang agak lama untuk diambil tindakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Justeru katanya bank perlu bersiap sedia dari awal dan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan mesin ATM sentiasa beroperasi dengan baik selain mempunyai wang tunai mencukupi.

Selain itu, beliau turut meminta peniaga menyediakan perkhidmatan bayaran secara debit bagi memberi alternatif kepada pengguna menggunakan kad debit selain wang tunai.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote joeyss 3-8-2013 06:22 PM
cuti lama tu.. khamis, jumaat, sabtu, ahad.. kena keluar duit awal ni
risau pulak tak ada pulus nak beli barang2
Quote zaujahzauji 3-8-2013 07:01 PM
pakai kad utang la atau debit kad
Quote boyagombak 3-8-2013 07:06 PM
Harap dpt buat Mesin ATM kt umah setiap satu dgn konsep 1 rumh= 1 mesin atm
Quote tongkatwaran75 3-8-2013 07:09 PM
zaujahzauji posted on 3-8-2013 07:01 PM
pakai kad utang la atau debit kad

kedai kampung tak laku...

Quote dino 3-8-2013 07:10 PM
zaujahzauji posted on 3-8-2013 07:01 PM
pakai kad utang la atau debit kad

klau la bleh beli air tebu ngan debit kad...
Quote pakwetizzaqyah 3-8-2013 07:12 PM
mesin atm punca inflasi tidak terkawal di malaysia..dan juga kenaikan harga rumah yang semakin melambung2

kah kah kah
Quote mak_wa95 3-8-2013 07:15 PM
1 rumah = 1 mesin ATM+ 1 pengawal keselamatan ......trend skarang tembak pengawal keselamatan tembak tuan rumah rompak mesin atm..........tak selamat d mana2
Quote zaujahzauji 3-8-2013 07:18 PM
dino posted on 3-8-2013 07:10 PM
klau la bleh beli air tebu ngan debit kad...

err...kalau nak beli ayaq tebu pun pakai debit/kedit kad tu maknenye duit dah abes la tu wat shopping raya.saje je nak cover line kata takde cash wakakakakakaka

Quote dellashrill 3-8-2013 07:22 PM
zaujahzauji posted on 3-8-2013 07:18 PM
err...kalau nak beli ayaq tebu pun pakai debit/kedit kad tu maknenye duit dah abes la tu wat shopp ...

Debit kad hanya boleh digunakan jika ada wang didalamnya
Quote boyagombak 3-8-2013 07:28 PM
mak_wa95 posted on 3-8-2013 07:15 PM
1 rumah = 1 mesin ATM+ 1 pengawal keselamatan ......trend skarang tembak pengawal keselamatan tembak ...

Sudahkah anda membuka akaun Bank of Boya, pinjam rat ribu riban x payah bayar balik, tapi tunggulah boya jd billionair dulu
Quote mak_wa95 3-8-2013 07:33 PM
boyagombak posted on 3-8-2013 07:28 PM
Sudahkah anda membuka akaun Bank of Boya, pinjam rat ribu riban x payah bayar balik, tapi tunggula ...

saya doakan anda jadi billionair cepat supaya saya dapt meminjam tanpa perlu bayar balik....hidup boya!!!!!!!! hidup.............
Quote tongkatwaran75 3-8-2013 08:08 PM
dellashrill posted on 3-8-2013 07:22 PM
Debit kad hanya boleh digunakan jika ada wang didalamnya

klu takde duit...
mmg kena `debik kat' muka...
Quote langit_biru18 3-8-2013 08:10 PM
certain2 mesin ATM bukan bank yang jaga tapi dah di outsource oleh safeguard security force pun
Quote dellashrill 3-8-2013 08:50 PM
tongkatwaran75 posted on 3-8-2013 08:08 PM
klu takde duit...
mmg kena `debik kat' muka...

Stuju ngan abe tong.
Quote dauswq 3-8-2013 09:34 PM
sudah tiba masanya semua grocerry kt msia ni kena mesin slide kad tu..
senang sket pi kedai nak purcase pki kad jek..

untuk gerai tepi jln tu mmg tak leh elak bertukaran cash bagai..
Quote BotakChinPeng 4-8-2013 10:08 PM
Sokong !!!!
Quote annehuda 4-8-2013 10:33 PM
kalau balik kampung celah mane lah nk pakai kredit kad n debit kad ni? kalau kt kampung baru yelah boleh. cash jugak yg dicarik2
Quote roblucci 4-8-2013 10:35 PM
depa orang bank takut letak wang banyak2 sebab takut rugi banyak bila mesin kena curi
Quote Al-Patih 5-8-2013 07:43 AM
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Gabungan &#160ersatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengingatkan bank untuk memastikan wang tunai di dalam mesin juruwang automatik (ATM) mencukupi sepanjang cuti perayaan.


banyak nanti kes ATM kena rompak ...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.298959 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top