SEORANG pelanggan sedang mendapatkan rawatan kecantikan muka menggunakan sejenis krim rawatan berasaskan najis burung bulbul kelmarin.- AP
NEW YORK , 3 Ogos - Sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa mewah di sini menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka menggunakan najis burung pada harga AS$180 (RM586). Pemilik spa Shizuka New York itu, Shizuka Bernstein berkata, pusat kecantikannya menawarkan khidmat rawatan tradisional Jepun dengan menggunakan najis burung bulbul bersama dedak beras yang diimport khas. Setiap bulan seramai 100 wanita dan lelaki datang ke salon kecantikan kulit Shizuka New York itu untuk mendapatkan rawatan. Salon itu terletak berdekatan Fifth Avenue Manhattan.
"Kesemua pelanggan datang ke situ untuk mendapatkan rawatan sebagai cara untuk memastikan kulit muka menjadi lembut dan licin," katanya yang telah menawarkan rawatan itu sejak lima tahun lalu. Tambahnya, sejenis enzim di dalam tahi burung itu juga dipercayai mampu melakukan proses pengelupasan secara perlahan-lahan bagi mencantikkan kulit muka. Ujarnya lagi, najis burung bulbul sahaja digunakan di spanya kerana spesies burung tersebut hanya memakan bijirin yang menghasilkan enzim semula jadi sebagai bahan aktifnya. "Kami tidak gunakan najis burung di Central Park untuk rawatan kecantikan muka kerana burung di sana memakan sampah," katanya. - AP
|
Bedah.Cun posted on 3-8-2013 08:41 PM
Yang tu fresh dari ladang, kalau dah botolkan taruk reben sedap la lemak berkrim
AdamBillionaire posted on 3-8-2013 09:25 PM
noor. sampai hati kau hina adam yang handsome kpop ni. bedah tu khunsa. ada dua kemaluan. do ...
noor2 posted on 3-8-2013 09:28 PM
bedha tu perempuan laaa....awek cun...tp dia mental sikit....kira ok la
ADVERTISEMENT