CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Propa, Syamsul Yusof Patah Tulang Bahu Lakonkan Babak Aksi

23-11-2016 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6948| Komen: 34|Original author: Oleh: Maly Rosli

Malang memang tak berbau apabila Syamsul Yusof terbabit kemalangan ketika menjayakan babak aksi filem Makrifat Cinta beberapa hari lalu, sehingga menyebabkan dia patah dan retak tulang bahu kiri.



Sumber foto: BH Online

Menurut pelakon dan pengarah itu, dia terpaksa berehat seketika sementara menjalani pemeriksaan lanjut di hospital selepas kejadian itu.

“Kejadian ini berlaku di set penggambaran filem Makrifat Cinta. Saya melakukan babak aksi sendiri tanpa menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri.

“Dalam babak saya perlu melompat selepas kereta meletup. Namun, saya melakukan kesilapan dan mengalami kecederaan ini,” katanya kepada Harian Metro.




Menurut Syamsul, itu adalah pengalaman pertama dia cedera ketika melakukan babak aksi di set penggambaran.

“Sebelum ini, saya pernah melakukan aksi yang lebih merbahaya tetapi tak berlaku apa-apa. Tak sangka pula kali ini berlaku kemalangan. Saya anggap ini ujian.

“Isteri saya yang kini hamil terkejut dan sangat risau sehingga melarang saya meneruskan penggambaran. Seboleh-bolehnya, dia mahu saya berehat dahulu sehingga benar-benar pulih,” katanya lagi.


Sumber foto: IG Syamsul Yusof

Walau bagaimanapun, Syamsul tekad menjalankan tugas demi tuntutan kerja dan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

“Saya diberi cuti sehari dan esok akan kembali ke set. Mujur babak esok memerlukan saya memakai anduh kerana cedera dalam babak itu dan tak sangka pula ia benar-benar berlaku,” katanya.

Mungkin terlebih semangat Syamsul melakonkan babak aksi itu sehingga 'salah landing' dan tercedera. Apa-apapun, semoga cepat sembuh ya Syamsul Yusof. - CARI

24

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
25

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 23-11-2016 10:40 AM
Jg dri abe sol oi..
Awak tu nk jadi abah da..
Quote Daisyna 23-11-2016 10:47 AM
sol sol sol lenkali panggil stuntman,habang HA sudi beri kan bantuan...
Quote mamaezah 23-11-2016 11:14 AM
LOHHHH....sop sop....nak jadi babah....hati hati skett
Quote bolamata 23-11-2016 11:29 AM
komited betul dia dengan keje..
Quote ffawwaz 23-11-2016 11:33 AM
semoga cepat sembuh sol ..
hope dengan kekomitedan sol lakonan xnmpak kayu lgi..
Quote miranda88 23-11-2016 11:39 AM
semoga cepat sembuh
Quote mommymonster82 23-11-2016 11:41 AM
Jaga2 la sol.... sol sol sol....

Nak jadi daddy dah .... jgn buat keje giler sol..
Quote fatehana 23-11-2016 12:19 PM
Sol, kaka dah bebel kat twitter suh sol berhati2 kan, wife tu tgh ngandung sian kat dia, dah lps ni guna stuntman
Quote fatehana 23-11-2016 12:19 PM
Edited by fatehana at 23-11-2016 12:21 PM

Alamak double pisting
Btw x silap ternampak diva AA ada comment kat ig sol atau camner tah
Quote mesmerize 23-11-2016 01:04 PM
perlu ke nak buat sendiri aksi stunt tu? ko bukannya stuntman pun.. takde budget nak hire stuntmen kah? ingatla sikit orang2 tersayang... kesian bini ko n anak dalam kandungan kalau apa2 jadi..
Quote WajibulGhunah 23-11-2016 01:20 PM
Pengorbanan sol supaya babak tersebut nmpk real
Quote cha-cha 23-11-2016 01:48 PM
Takpe, Sol kaya, duit banyak. Nextttt...

Quote famri7 23-11-2016 01:50 PM
Tapi lakonan heshe sangt hauk kayu
Quote -electrifying- 23-11-2016 02:12 PM
TC SOL... HUHU GWS
Quote MekArchana 23-11-2016 02:14 PM
Get well soon.

Quote chinta89 23-11-2016 02:27 PM
pakai je lah stunt man... ni cari penyakit plk.
Quote WhiskeyScotch 23-11-2016 04:59 PM
Semoga cepat sembuh hendaknya.
Quote myakayina 23-11-2016 05:43 PM
mujur patah bahu je..klu lagi teruk mcm mana.. gunalah stuntman..
Quote haruslah 23-11-2016 05:56 PM
Dia nak elak terimpit ND
Tu yg salah landing
Kalo x dia terimpit ND

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079731 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top