Alahai sedapnya sambal sotong kering! Namun, nak menyediakannya sesedap air tangan ibu, bagaimana ya? Aha, sudah tentu rahsianya ialah melembutkan daging sotong kering itu terlebih dahulu. Ini bagi memastikan isi yang lemak dan masin dapat dirasai dengan sempurna.
Namun, tak cukup ya dengan hanya merendam dengan air panas kerana ia boleh menghilangkan rasa enak sotong tersebut. Malah, jika silap hari bulan daging sotong menjadi keras seperti tayar basikal! Nak tahu cara sebenar untuk melembutkan sotong kering. Semak cara di bawah, seperti yang dipetik menerusi laman blog Maszie. Bahan-bahan :
Sotong kering Air abu Air paip Cara-cara : 1. Masukkan air abu dan air paip ke dalam bekas untuk merendam sotong kering. Nisbah campuran air abu kepada air paip adalah seperti berikut... 1:10. Maknanya 1 bahagian air abu dicampur dengan 10 bahagian air paip menggunakan penyukat yang sama. 2. Masukkan sotong kering yang keras lagi tu ke dalam campuran air tadi dan biarkan direndam selama 6 jam. 3. Setelah 6 jam, sotong dah pun kembang. Keluarkan sotong dan buang campuran air tadi. 4. Rendam pula sotong dengan air panas atau suam untuk lebih kurang 1 jam. Kemudian bilas sotong tadi. Bolehlah dimasak atau disimpan ke dalam freezer. Pesanan: Air abu boleh didapati di kedai runcit, kedai senseh atau bekalan bakery. Kredit: maszie.blogspot.my |
52
Bagus |
63
Marah |
38
Terkejut |
47
Sedih |
51
Lawak |
50
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Logix replied at 21-11-2016 03:05 PM
ada jga yg rebus sotong tu dan air rebusan jgn dibuang sbb boleh
digunakan utk perahan air asam jaw ...
sashabeepg replied at 21-11-2016 01:05 PM
Ada x pic air Abu tu? I slalu rendam dgn air ja 1 mlm pun x lembut
prettyuglybabe replied at 21-11-2016 12:03 PM
lama tak makan sotong kering sambal..
jazaa100 replied at 22-11-2016 12:42 AM
Aku rendam guna soda bikarbonat....
Tak le rasa bahaya sgt....berbanding ubat pelembut kat kedai ...
jazaa100 replied at 22-11-2016 12:42 AM
Aku rendam guna soda bikarbonat....
Tak le rasa bahaya sgt....berbanding ubat pelembut kat kedai ...
sabar_sabariah replied at 22-11-2016 09:05 AM
guna soda bikarbonat pun boleh jadi lembut ek
bape lama kena rendam tu sis?
jazaa100 replied at 22-11-2016 09:21 AM
Semalaman.....
Klu nk masak esok, mlm tu akk rendam lah....esok pg dia kembang & lembut mcm gun ...
sabar_sabariah replied at 22-11-2016 09:31 AM
boleh try lah lepas ni
thanks share petua
jazaa100 replied at 22-11-2016 01:00 PM
Lg satu kan.....akk lebih suka rebus sotong kering tu asing...bila sambal dah masak, baru akk ca ...
cewekbopot replied at 21-11-2016 04:13 PM
perahan air asam jawa?? wat cicah ke?
swayne replied at 22-11-2016 08:52 AM
bukan ada jual ke ubatnya? dia ketul kaler putih
ADVERTISEMENT