CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Majikan Anda Kejam? Pekerja Di China Dihukum Makan Cacing Hidup!

16-11-2016 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6909| Komen: 19|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kita sangka majikan kita teruk, tapi pekerja di China dihukum lebih berat daripada kita di Malaysia. Mereka dihukum dengan dipaksa untuk makan cacing HIDUP selepas gagal capai sasaran dalam jualan.




Menurut portal Mail Online, media tempatan China, Huashang Daily melaporkan pekerja syarikat jualan di China termasuk wanita hamil dipaksa minum wain beras Cina yang dimasukkan beberapa ekor cacing yang menggeliang-geliut.



Kejadian berlaku di Hanzhong, wilayah Shaanxi pada 8 November lalu membabitkan hampir 60 pekerja yang kesemuanya memakai pakaian seragam berwarna kuning menyaksikan pelaksanaan hukuman itu.  

Menurut seorang pekerja di situ, mereka akan menetapkan sasaran jualan harian pada setiap pagi dan sekiranya gagal mencapai sasaran, mereka akan menerima hukuman keesokan harinya.

Seorang pekerja yang hamil berkeras menolak hukuman meminum campuran wain dan cacing itu. 


Sumber foto: Mail Online

"Saya tak boleh makan cacing buat masa ini, saya tak boleh minum kedua-duanya, melainkan saya tak sayang bayi dalam kandungan saya ini," katanya.

Mujur seorang rakan kerjanya rela jadi 'pak sanggup' untuk terima hukuman itu bagi pihak wanita itu.

Ini bukanlah pertama kali mereka dihukum sebegitu rupa. Mereka juga pernah dihukum makan sotong hidup dan semut.

Malah, pemilik syarikat lain turut bersetuju dengan hukuman sebegini yang diumpamakan sebagai 'suntikan semangat istimewa'.

Hukuman 'aneh' itu mengundang kecaman netizen di laman sosial Weibo. Seorang netizen persoalkan keberkesanan hukuman itu dalam memperbaiki perniagaan syarikat.

"Jika saya pekerja syarikat itu, saya akan curah kesemua cacing itu atas kepala majikan," kata seorang netizen.

Malah, ada juga yang menyuarakan pendapat: "Seorang pemimpin harus bertanggungjawab atas jualan yang tidak memuaskan, kenapa mereka tak faham?"

Tak tahu nak kata majikan mereka itu kejam atau gila. Bukankah tugas seorang pemimpin adalah memimpin dan menjaga kebajikan pekerja mereka? - CARI
37

Bagus
24

Marah
23

Terkejut
29

Sedih
30

Lawak
34

Bosan

Friends Rank (177 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lips2 16-11-2016 01:30 PM
Quote FARRAZOOL 16-11-2016 03:14 PM
Melempau :
Quote kerepektempe 16-11-2016 03:54 PM
kesiannya.. geli geleman aku dengan cacing
Quote oppol 16-11-2016 08:32 PM
Di china,pekerja itu adalah kuli
Kuli itu bermaksud hamba abdi...
Quote akakmasihvogue 17-11-2016 07:52 AM
bangsa ni hamba  duit sangat
Quote Artemesiaa 17-11-2016 11:05 AM
Melampau  dah mendera namanya tu
Quote jiji85 17-11-2016 01:35 PM
ummah jinjang..nsb la wanita preggy tu x mnum..kesian anak dlm perut x tahu apa.
Quote holothurian 17-11-2016 03:05 PM
tampo kan ajeeee
Quote -electrifying- 17-11-2016 04:17 PM
bodohnya perangai
Quote Xoppie 17-11-2016 09:52 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote Lolalala 18-11-2016 08:41 PM
Kaum ni apa nak heran. Semua diorg telan. Tapi tetap la kejam x berperikemanusiaan bos macam ni. Banyak lagi cara lain nak jadi hukuman
Quote cik_kitty 20-11-2016 12:18 AM
Kesiannya...majikan kejam gila...dorg tau apa?tau nk kerah keringat pekerja ja..pekerja tu separuh mati buat keja tau2 kena telan cacing kalo x perform..f btl
Quote bocorantogel 4-7-2017 01:53 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http//:dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.
Quote alongweeda 3-8-2017 02:59 PM
melampau sgttttt cb dy yg kuar cr prospek dpt ke x capai target
Quote reyust 4-8-2017 03:48 PM
xnampak stress pun depa...
senyum seronok lagi ada...
Quote spenderterselit 5-8-2017 03:02 AM
Cacing tu mungkin sedap or takde rasa tu agaknya boleh happy senyum2
Quote chauky314 11-8-2017 11:00 AM
kalau aku dah lama berambus dari syarikat gila cam ni
Quote batmana 14-8-2017 07:03 PM
rasanya diorg diberi pilihan, kekal kerja dgn mkn cacing atau letak jawatan.

tu yg snggup, demi duit

kt malaysia ni, klu dh de keje, pstu kene cmni

aku rasa ada je yg snggup

Quote neto 16-8-2017 08:37 PM
sianya nape la tak resign je..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.041881 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top