CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Suka Susu? Ada Cara Lain Untuk Jaga Kesihatan Tulang, Cuba Buah Ini!

10-11-2016 03:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5253| Komen: 15|Original author: Oleh: Adib ZA


Selama ini mungkin susu sering dikaitkan sebagai sumber kalsium yang membantu mengelakkan atau mengatasi osteoporosis. Namun, tahukah anda dengan mengambil buah plum kering atau turut dikenali dengan nama prune juga, ia sangat membantu kesihatan tulang?


Ya, mungkin fakta ini kurang didengari namun di Barat, buah prune memang banyak diambil untuk perawatan osteoporosis dan penjagaan kesihatan tulang. Menarik, bukan?

Antara paparan terawal mengenai kehebatan buah prune sebagai penawar osteoporosis telah diterbitkan pada 2001 dalam Journal of the American College of Nutrition. 


Berita baiknya, prune bukan sahaja sangat baik untuk tulang, ia juga mampu membekalkan serat yang menurunkan kolesterol, merendahkan risiko diabetes dan membantu menurunkan berat badan. Wow!


Malah, prune sangat baik sebagai sumber tenaga, mengandungi pottasium dan antioksidan yang membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. 


Jadi, bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana pula buah prune ini dikatakan baik untuk kesihatan tulang? 

Kajian terbaharu dari Florida State University mengesyorkan prune dijadikan makanan untuk mengelakkan masalah tulang dan osteroporosis terutama di kalangan wanita yang telah menopaus.

Malah, ia dikatakan mampu menjadi alternatif kepada rawatan yang menggunakan ubat-ubatan buat wanita 50 tahun ke atas yang menderita osteoporosis. 


Ini kerana prune mengandungi sumber phenoic dan juga flavonoid yang bertindak melawan masalah tulang secara berkesan dan semula jadi. 

Mendengarkan berita ini pastinya membuatkan anda boleh menarik nafas lega kerana mendapatkan buah prune bukan masalah pun di sekitar kita kan? Ayuh, bolehlah amalkan buah tersebut mulai hari ini! - CARI 


Foto: Carian google

11

Bagus
12

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 10-11-2016 03:23 PM
Selalu kt supermarket ada tak buah ni? Kalau betul boleh try ni sbb tak suka susu
Quote mokcikKSKB 10-11-2016 04:08 PM
miszclassique replied at 10-11-2016 03:23 PM
Selalu kt supermarket ada tak buah ni? Kalau betul boleh try ni sbb tak suka susu

Ada uols.yg dried prune sunsweet tu..
Quote cik-jaja 10-11-2016 06:27 PM
kecik2 dulu kalau nak minum susu, kena pecet hidung dulu
Quote Artemesiaa 10-11-2016 06:44 PM
Juga bagus untuk yang selalu sembelit
Quote miszclassique 10-11-2016 10:24 PM
mokcikKSKB replied at 10-11-2016 04:08 PM
Ada uols.yg dried prune sunsweet tu..

Orait thank you sis..
Quote WhiskeyScotch 11-11-2016 12:41 AM
Dah lama tak makan pruneee.
Quote mirandanicky1 11-11-2016 09:21 AM
Buah prune brand apa yg plg sedap ya.. dan kalau dah kering ada pgawet ada gula masih lagi healthy ke
Quote seramado 11-11-2016 10:04 AM
jus buah prune sedapnya
Quote intan_smsb 11-11-2016 03:33 PM
wah bagus kebaikan buah ni
Quote nononcrux 11-11-2016 04:18 PM

tu ari bli prune tak abis .. busuk gitu je .. syg btl
Quote WhiskeyScotch 11-11-2016 04:20 PM
nononcrux replied at 11-11-2016 04:18 PM
tu ari bli prune tak abis .. busuk gitu je .. syg btl

Sayangnyaaa. Boleh bagi dekat I sikit.
Quote -electrifying- 11-11-2016 04:51 PM
nononcrux replied at 11-11-2016 04:18 PM
tu ari bli prune tak abis .. busuk gitu je .. syg btl

Sygnyeeeee... bazir gitu je...
Quote nononcrux 11-11-2016 04:53 PM
-electrifying- replied at 11-11-2016 04:51 PM
Sygnyeeeee... bazir gitu je...

sebenarnye lupa dlm fridge ade buah tu .. sekali topup buah baru ternampak ade prune tak mkn lg
Quote WajibulGhunah 11-11-2016 07:08 PM
Iols suka tngk gambar laki yg tgh minum susu tu...
Jawline tu
Quote unhas 11-11-2016 08:15 PM
Prune memang sedap. Kalau campur ngn susu pun sedap. Masukkan badam dan kismis sekali. Berlemak wooo rasa dia.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.118181 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top