Minggu ini kecoh bila pelakon Che Ta dikatakan disekat ke luar negara kerana masih ada tunggakan cukai yang belum dijelaskan. Seorang lagi selebriti terkenal, Nabil Ahmad nampaknya dilaporkan bukan sedikit-sedikit membayar cukai hasil pendapatan, namun menarik nafas lega kerana telah melangsaikannya sejak tiga tahun lalu. Memetik laporan Utusan Malaysia, pelakon dan pengacara itu telah melangsaikan hampir RM500,000 yang dikira sejak pembabitannya sebagai artis pada 2009. “Ya, sebelum ia jadi masalah yang serius, saya buat keputusan untuk menunaikan tanggungjawab itu dengan hati penuh rela. Saya tidak melihat pembayaran cukai ini sebagai satu beban, sebaliknya sentiasa beringat bahawa dalam setiap pendapatan atau rezeki yang diperoleh, terdapat hak orang lain di dalamnya. “Sebab itulah ketika mendapat surat daripada LHDN untuk arahan pembayaran, saya terus bertindak pergi berbincang dengan mereka dan mengatur pembayaran perlahan-lahan. Nabil juga berkata ia sebagai salah satu tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. "Hakikatnya, selagi kita memegang status warganegara, jangan harap boleh terlepas daripada tanggungjawab membayar cukai. Kita tak boleh nak lari ke mana-mana pun, lambat atau cepat akan kena bayar juga. “Kita perlu jadikan beberapa kes artis-artis lain sebagai pengajaran. Kita ambil iktibar daripada kes-kes yang pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya. - CARI |
13
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
18
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix replied at 5-11-2016 06:00 PM
Xde sape nak puji tokti... sheols 20 tahun dapat duit jota2, tak pernah ad isu tak bayar cukai... am ...
Orix replied at 5-11-2016 06:00 PM
Xde sape nak puji tokti... sheols 20 tahun dapat duit jota2, tak pernah ad isu tak bayar cukai... am ...
melinda_kerr replied at 5-11-2016 06:11 PM
yelah yelah..siti pun bagus..
hanisbunny replied at 5-11-2016 06:06 PM
ok la..ok la..iols puji tok ti...mmg so far iols xprnh dgr lg sheols ade kes dgn lhdn o kasta ...
Orix replied at 5-11-2016 06:21 PM
Khenn.. setakat 500K cekta n nabil tu, tokti klau collect income tax sheols dari 20 tahun lepas io ...
ADVERTISEMENT