Kuala Lumpur: Biarpun baru dibebaskan dari penjara kurang empat hari, seorang lelaki berusia lewat 20-an kembali mengganas dengan cuba meragut seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Setapak, di sini, semalam. Bagaimanapun, cubaan jam 8.30 pagi itu mengundang padah apabila dia dicekup orang awam sebelum diserahkan kepada polis. Lelaki dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan menyamun. Mangsa, Yik Sook Wei, 20, berkata, ketika kejadian, dia sedang membuka pintu belakang keretanya sebelum dihampiri lelaki terbabit yang menunggang motosikal. “Lelaki itu cuba meragut beg tangan, namun gagal kerana talinya terputus. Lelaki itu kemudian cuba merempuh saya bagi meloloskan diri,” katanya. Menurutnya, orang awam yang melihat kejadian itu segera mengejar lelaki terbabit dan usaha itu membuahkan hasil apabila lelaki itu berjaya ditahan. Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di perut namun hanya dirawat sebagai pesakit luar. Sook Wei turut membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit. Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02
|
bluberi posted on 2-8-2013 08:23 AM
agaknye mmg dia nak masuk balik ke 'dalam' kot
makan tanggung..tak payah susah2 pening2 kepala camn ...
koken_7 posted on 2-8-2013 04:42 PM
bagus jugak klu potong tangan walaupun non-muslim....
mungkin selesa 4 taun dlm penjara....klu ...
ADVERTISEMENT