Sebelum ini berita tentang 'serangan badut' hanya kita dengar terjadi di negara-negara Barat seperti Britain, Australia dan Amerika Syarikat.
Namun, awas kerana fenomena ini dikatakan sudah menular di ibu negara kita sendiri, Kuala Lumpur. Pengguna laman sosial facebook iaitu Chloe Ong dan Alex Tham telah tampil dan berkongsi tentang pengalaman menakutkan mereka terjumpa 'badut pembunuh' ini depan mata mereka sendiri. Menurut Chloe Ong, dia sedang berjalan di sebuah taman permainanan dan tiba-tiba ternampak seorang badut di belakang sebuah papan gelongsor sedang melihat ke arahnya. Lagi menakutkan, badut itu melambai tangan dan berkata, 'Hello!'. Disebabkan berasa terlalu takut, dia segera melarikan diri dari situ selepas mengambil gambar.
Walaupun dia tidak menghuraikan tentang lokasi taman tersebut, namun ramai netizen yang dapat mengenal pasti dari lokasinya dengan melihat gmabar itu dan mengatakan ia adalah di Taman Permainan Bukit Jalil. Tidak lama kemudian. Alex juga telah berkongsi gambar badut yang sama dengan kapsyen, "Saya pun lihat badut ini di taman juga." Beberapa netizen membuat spekulasi yang ini adalah angkara seorang badut yang mahu menakut-nakutkan residen di Kuala Lumpur. Gambar menakutkan itu telah menjadi viral dan dikongsi ribuan netizen dengan rata-ratanya meluahkan perasaan bimbang dan ada juga yang mahu membelasah badut itu. Serangan badut pembunuh ini menjadi semakin gila di negara-negara Barat kerana menakutkan orang ramai dengan menggunakan senjata dan solekan yang seram hingga mendatangkan kecederaan. Diharap orang ramai akan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya jika keluar pada waktu malam. Pastikan ada orang yang menemani anda. Bukan sahaja badut ini mungkin membunuh si sebalik kostum yang dianggap sebagai jenaka, malah mungkin juga akan melakukan jenayah kejam yang lain seperti rogol. Jadi, awasi keluarga dan anak-anak dari menjadi mangsa serangan badut dan segera laporkannya ke pihak berwajib kalau ternampak kelibat badut yang mungkin berisiko mengundang bahaya, okay? -CARI
|
16
Bagus |
12
Marah |
50
Terkejut |
18
Sedih |
24
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
azimodin replied at 28-10-2016 03:01 AM
Kenapa la ikut trend yang bodoh macam ni. buatnya yang lalu kat situ ada sakit jantung, meninggal on ...
ADVERTISEMENT