Memang pada zaman ini semua anak muda dilihat semakin terbuka untuk melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi dan lebih tinggi lagi. Ijazah sarjana muda atau degree misalnya dikatakan sudah menjadi kebiasaan dan untuk bersaing di luar sana maka ramai yang cuba untuk melanjutkan lagi pengajian di peringkat master pula. Bukan lagi perkara asing situasi ini. Kadang kala pengalaman mereka yang sudah berada dalam bidang atau industri dilihat masih tidak setaraf dengan mereka yang mempunyai taraf pendidikan lebih tinggi misalnya degree atau master. Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh seorang netizen ini. Dia mengaku hanya mempunyai pengajian di peringkat diploma sahaja. Bila mengatakan 'diploma sahaja' adakah ia sesuatu yang teruk? Sudah semestinya tidak sama sekali. Orang dahulu sampaikan bergolok bergadai hanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat kolej. Jadi, apa salah dan kurangnya dengan diploma itu? Sudah tentu yang salahnya adalah pemikiran dan minda masyarakat di luar sana. "Bila terjumpa cikgu2 atau lecturer kat luar, mesti cakap kat saya kenapa tak sambung belajar..ruginya..kawan-kawan awak tu semua dah nak habis untuk segulung ijazah.. sangat rugi nabil..rugi..awak masih muda..bla bla bla.. "Nak menjawab takut terkurang ajar atau salah bahasa..so senyum ajelah.." Netizen bernama Nabil ini tidak sesekali menafikan kepentingan pelajaran. Namun pengalaman, bakat dan juga ilmu itu menurutnya masih boleh dikutip di luar sana tanpa adanya pengajian yang formal. "Education memang penting. Tapi education bukan dalam kolej/kampus je. Then dunia luar kita anggap pengalaman je. Mcm salah je tu. Kat luar pun ade ilmu juga yg kita belajar secara xformal dan tak perasan kadang-kadang. Bezanya kita reti ke tak reti nak survive kat luar." Perkongsian oleh Nabil ini nampaknya mendapat perhatian dari kalangan netizen. Pelbagai reaksi yang diberikan sama ada bersetuju mahupun sebaliknya dengan pendapatnya. Apa pun, jika ada kesempatan dan ruang tak salah sambung pengajian dan pendidikan di peringkat lebih tinggi. Sebaliknya, masyarakat turut harus dipupuk dengan kemahiran yang boleh memberi nilai kepada bukan sahaja diri mereka sebaliknya membawa manfaat kepada komuniti dan akhirnya negara. Pendapat anda? - CARI |
13
Bagus |
3
Marah |
1
Terkejut |
4
Sedih |
1
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mzzenma replied at 25-10-2016 12:23 PM
kalau mampu sambung je lah belajar..why not?
ADVERTISEMENT