Risau dan sering tertanya-tanya ke manakah duit zakat anda disalurkan? Netizen hari ini dilihat mula mempersoalkan tentang wang zakat yang dianggap tak sampai pada tangan golongan asnaf. Bukan sekali dua, status yang mengkritik pusat zakat mahupun baitulmal dimuat naik dan diviralkan di laman sosial. Namun, menerusi satu perkongsian oleh mahasiswa ini, dia benar-benar mengucapkan terima kasih kepada para pembayar zakat. Menerusi zakatlah, pemuda tersebut kini bergelar seorang graduan dan selamat melalui saat indah ketika konvokesyen di Unisza, semalam.
"Buat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi bahagian baitulmal, terima kasih atas layanan dan bantuan kewangan yang sempurna sepanjang empat tahun pengajian saya di menara gading. "Buat pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, terima kasih saya ucapkan.." Itulah antara ucapan yang dimuat naik oleh pemuda ini yang nampak begitu jujur mencurahkan perasaan syukur dan bangganya dengan adanya bantuan wang zakat. Mungkin kisah sebegini tak banyak dikongsikan, lalu membuatkan ramai pihak tertanya-tanya apa yang jadi pada duit zakat? Dengan secebis kisah ini pula diharapkan orang ramai terus yakin dan istiqomah untuk menghulurkan bantuan serta tanggungjawab kepada golongan memerlukan. Jika masih lagi ragu-ragu, anda boleh melayari Facebook Baitulmal MAIWP yang sering mengemaskini aktiviti yang melibatkan bantuan menggunakan wang zakat. Mungkin dengan cara ini anda jadi semakin yakin terhadap pusat zakat dan baitulmal? - CARI |
36
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
5
Sedih |
10
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT