"Saya ajar anak saya memasak dan buat kerja rumah. Mengapa? Sebab kerja rumah bukan hanya untuk wanita." Itu apa yang ditulis seorang ibu dengan dua anak, Nikkole Paulun, 22, di akaun Facebooknya baru-baru ini. Nikkole turut berkongsi gambar anaknya, Lyle, 6, sedang membasuh kain, memasak di atas dapur gas, serta mengisi pinggan mangkuk ke dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Perkongsian itu mendapat 155,000 'Likes' dan telah dikongsikan hampir 60,000 orang pada masa artikel ini ditulis.
Menurut Nikkole, dia memutuskan untuk mengajar anaknya membuat kerja rumah di usia yang sangat muda kerana memikirkan masa depan anaknya yang mungkin akan hidup bersendirian dan perlu melakukan semuanya dengan sendiri termasuk menjaga makan minumnya.
Sudah lumrah manusia, lain orang, lain pendapatnya. Begitu juga dengan Nikkole, tidak semua netizen memuji tindakan dia mendidik anak, malah ada yang mengatakan dia 'memperhambakan' anak sendiri. "Anak kamu bukan untuk diperlakukan seperti 'hamba'! Atau melakukan kerja rumah yang kamu sendiri tak mahu lakukan. Saya setuju kamu mengajarnya erti tanggungjawab, tetapi ini sudah melampau!" kecam netizen, Tammy Bellavance. Nikkole, tenang dan selamba mempertahankan tindakannya dengan mengatakan bahawa anaknya terang-terang bukan 'hamba abdinya'. Dia menjelaskan bahawa dia tetap melakukan sebahagian besar kerja rumah dan anaknya hanya membantu serta diberi elaun. Selain itu, Nikkole menepis kenyataan negatif netizen dengan memuatnaik gambar Lyle sedang berehat dan bermain permainan video dengan kapsyen "Dia jelas bukan hamba saya." Sementara itu, ramai juga netizen yang menyokong tindakan Nikkole, malah ada yang mengecam netizen yang mengkritik tindakannya itu. "Siapa mereka nak mempersoalkan cara kamu mendidik anak? Semasa saya di kolej dulu, ramai budak lelaki boleh buat kerja, tetapi saya tahu kerana saya dididik ibu seperti kamu. Dua adik perempuan saya boleh buat kerja rumah serta beberapa kerja yang dilakukan lelaki. Budak-budak sekarang tak boleh buat kerja sebab ibu bapa mereka tak ajar," kata Billy Brasher Dalam pada itu, ramai juga netizen berkongsi gambar anak-anak mereka sedang melakukan kerja rumah. Benar, kebanyakan anak-anak sekarang terlalu manja. Kalau boleh semuanya mahu ibu bapa yang buatkan. Apa-apapun, kita perlu lebih berhati-hati dan sering berada di samping anak ketika mendidik mereka untuk melakukan sesuatu yang agak berbahaya. Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan tindakan wanita itu? - CARI
|
16
Bagus |
11
Marah |
23
Terkejut |
10
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT