1 Ogos 2013 - Taman Chong Thien Vun yang terletak di puncak Bukit Bendera (Trig Hill) yang merupakan taman peranginan yang terindah di daerah Sandakan kerana dikelilingi oleh pokok-pokok subur nanmenghijau; dielus lembut puputan bayu yang cukup nyaman telah terbiar begitu saja tanpa pengawasan dan jagaan rapi pihak berkuasa tempatan.
Taman yang sebelum ini menjadi tempat bersantai dan riadah saban kini tidak lagi dikunjungi ramai pengunjung kerana kurang selesa disebabkan semak samun tumbuh meliar tanpa diselenggara oleh Majlis Perbandaran Sandakan.
Dalam tinjauan Wartawan Kanan Sabahkini.net ke taman tersebut kelmarin, mendapati kawasan tersebut memang agak menyeram dan menakutkan disebabkan rumput panjang yang tidak dipotong, mungkin dihuni oleh haiwan berbisa seperti ular tedung.
Seorang pekerja Restoran Trig Hill yang berhampiran dengan taman tersebut, Roslan memberitahu Sabahkini.Net, kini sudah hampir empat bulan tidak kelihatan pekerja-pekerja MPS memotong rumput di kawasan sekeliling taman berkenaan.
Kata Roslan, sejak kebelakangan ini ada dua tiga orang pengunjung yang bersantai di pondok yang sedia ada di taman tersebut mengadu pernah terserempak seekor ular hitam panjangnya lebih kurang 6 kaki sedang merayap melintasi tangga simen tersebut.
“Alangkah berbahayanya jika ada pengunjung yang tidak menyedari bahawa kawasan taman yang semak itu telah dihuni oleh ular-ular berisa lantas mematuk mereka. Dalam hal ini siapa yang harus bertanggungjawab dan siapa yang harus dipersalahkan nanti jika terjadi perkara buruk seumpama itu berlaku kepada para pengunjung?” Tanya Roslan.
Namun keadaan semak samun ini, kata Roslan, dimanipulasi oleh remaja, terutama sekali pelajar sekolah yang menggunakan semak samun sebagai ‘bilik atau ranjang’ memadu kasih selepas pulang dari sekolah dan berpeleseran di taman ini.
“Jika dilihat dari jauh memang semak, tetapi jika dilihat dari menara pemerhati, banyak lokasi dipenuhi kertas surat khabar dan papan lapis yang digunakan untuk melakukan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing,” kata Roslan yang memaklumkan belukar berkenaan akan mempunyai ‘penghuni’ sekitar jam 1.30 petang hingga jam 3.00 petang.
Bercakap mengenai gejala maksiat di kalangan remaja di daerah Sandakan semakin meruncingkan kerana tiada pemantauan daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) antaranya di rumah-rumah penginapan dan taman-taman peranginan.
Di daerah Sandakan terdapat beberapa buah taman peranginan yang telah dikenali pasti sebagai tempat sarang maksiat sejak 10 tahun yang lalu bagi remaja perempuan dan lelaki melakukan maksiat berpasangan masing-masing pada saban malam atau disiang hari ialah Taman Chong Thian Voon Bukit Bendera (Trig Hill) Tangga Seribu, Taman Indah Jaya, Taman Grand View, Taman Peranginan Rimbah dan bebarapa lorong-lorong bangunan bersebelahan Gedung Pusat Membeli-belah Giant.
Bagi remaja yang terlalu ketagihan seks dengan kekasih ataupun pasangan mereka, perbuatan keji teap diteruskan tanpa mengira waktu dan masa apalagi di bulan Ramadan Al-Mubarak bulan yang mulia. Secara umumnya, remaja sekarang tidak menghiraukan akan akibat perbuatan keji asalkan bagi mereka yang penting keseronokan yang paling diutamakan.
Bagi mereka yang berpasangan yang tergolong daripada anak-anak orang berada (kaya) mereka melakukan zina dengan kekasih masing-masing tempatnya adalah hotel atau rumah-rumah tumpangan sebab mereka mampu. Lagipun, mereka tidak gemar di taman-taman kerana banyak gangguan seperti orang menghendap kemudian membuat rakaman video.
Sebagai kesimpulannya air mani yang bertitisan di atas tanah (muka bumi) ini akibat melakukan zina oleh golongan remaja kalau dihitung mahu juga tiga baldi pada setiap hari. - |