Kalau anda berada di Terengganu, anda kena cuba ICT. Salah satu menu makanan popular di Terengganu adalah Ikan Celup Tepung (ICT). Terdapat beberapa kedai yang popular dengan ICT di daerah Kuala Terengganu. Salah satu kedai ICT tersohor di Terengganu adalah Warung Pok Nong, Pantai Teluk Ketapang dan juga perkampungan nelayan di Pantai Mengabang Telipot.
Di kawasan bandarnya juga ada menyediakan kedai yang menawarkan Ikan Celup Tepung ini. Namun, ia tidak begitu terkenal dan meriah seperti kedai di Pantai Teluk Ketapang atau di Mengabang Telipot. Berikut adalah Beberapa Kedai ICT yang popular di Terengganu. Berdekatan kawasan Mengabang Telipot: 1. Kedai Pok Nong Kedai ini boleh dikatakan kedai yang paling popular di Kuala Terengganu. Ia hanya memakan masa selama kira-kira 30 minit untuk ke sini dari Bandar utama KT. Seperti kebanyakan kedai ICT, kedai ini terletak di tepi pantai pantai, dimana suasananya sangat tenang dan santai. Kedai ini terkenal dengan 'sotong gunting' yang besar-besar di mana pelanggan akan pilih dan gunting sendiri sotong itu. Selain aneka makanan celup tepung seperti sotong, ikan, udang, dan pari, anda boleh mencuba makanan tradisi orang Terengganu seperti Ketupat Sotong, Keropok Lekor, Pulut Durian dan Pulut Mangga. Penduduk di sini menggemari Jagung Parut atau nama popularnya Air Batu Jagung (ABJ). Ia sejenis hidangan ais hancur yang diletakkan manisan jagung. 2. Warung Adik Beradik (Sri Kolam) Kedai Pok Nong adakalanya dipenuhi pelanggan yang tak putus-putus. Sekiranya anda malas mahu beratur, anda bolehlah ke kedai Adik Beradik yang terletak kira-kira 50-100 meter ke hadapan. Kedai ini betul-betul menghadap pantai. Seperti mana-mana kedai, ia juga menggunakan resepi tepung dan sos yang berlainan. Disyorkan anda mencuba pari celup tepungnya bersama-sama sos yang di dalam botol. Sos ini agak kurang pekatnya dan sedikit masam. Baru 'syok' makan. Kedai ini memang 'best' sebab ruang parkirnya yang luas. Berdekatan Kawasan Teluk Ketapang: 1. Firdausy Seafood Corner Apa yang menarik di kedai ini adalah ia terletak betul-betul di sebelah Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang terletak satu kilometer sahaja dari Pantai Rekreasi Teluk Ketapang. Boleh la menikmati makanan sambil melihat kapal terbang mendarat. Lain dari kedai lain, kedai ini menyediakan Bayam Celup Tepung. Ia sangat rangup dan sedap dimakan panas-panas. Bagus untuk kesihatan juga. 2. ICT Haji Pok Long Seafood Destinasi ICT ini tidak kurang hebatnya. ICT di Pantai Teluk Ketapang ini juga dikenali sebagai Seberang Takir. Terdapat kira-kira lima lagi warung yang bersebelahan dengan warung ini yang turut menyediakan makanan celup tepung. Setiap hujung minggu, pasti penuh warung ini. Itulah antara destinasi kedai Ikan Celup Tepung di Kuala Terengganu. Semoga ia dapat membantu anda dalam misi 'makan di mana' anda. Selamat mencuba! - CARI |
33
Bagus |
39
Marah |
33
Terkejut |
33
Sedih |
22
Lawak |
29
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
nyanyan replied at 19-10-2016 12:33 PM
pok nong ni kita beratur panjang panjang kat depan rupa rupanya ada orang order ikut dapur belakang ...
ADVERTISEMENT