Selepas kisah cintanya yang putus di tengah jalan dengan Wak Doyok, Azrinaz Mazhar Hakim bernekad dan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Baru-baru ini dia muncul dalam imej bertudung semasa menghadiri sebuah majlis hari jadi rakannya di Kuala Lumpur selain turut juga dikatakan telah memadamkan akaun laman sosial miliknya selepas perpisahan itu. Namun dia menegaskan keputusan yang diambil tiada kena mengena langsung dengan tragedi yang menimpa dirinya itu sebaliknya adalah langkah permulaan untuk menjadi seseorang yang lebih baik di sisi agama. "Kebetulan ketika meraikan ulang tahun kelahiran saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung. Tidak lama selepas tarikh lahir saya, menyusul 1 Muharram membuatkan saya nekad untuk berhijrah. Alhamdullillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya," katanya kepada Utusan Online.
Sebelum nekad berhijab sepenuhnya, dia sudah mula mempersiapkan diri dengan mendalami ilmu agama dan sokongan orang sekeliling membuatkan dirinya yakin dengan keputusan yang diambil. Ditanya tentang perkembangan dirinya yang terbaru, personaliti cantik ini sedang mengusahakan sebuah perniagaan yang menuntutnya untuk berulang alik antara Kuala Lumpur dan Dubai. Di sebalik semua cabaran yang dialuinya, Azrinaz tetap kuat dan meminta para peminat untuk mendoakan dirinya agar terus beristiqamah. Semoga perubahan Azrinaz ke arah kebaikan ini akan membuka lembaran baru yang lebih baik kepada dirinya untuk masa akan datang.-CARI
|
21
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
12
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT