CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Saya Bukan Hina Islam

31-7-2013 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 36415| Komen: 311


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
“Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu,” katanya kepada Bernama.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Ia turut memuatkan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga” dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa.
Sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948. 


“Saya tiada niat hina Islam”.
Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.
Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.
“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.
Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.
“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.
Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.


Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.
“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.
Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.


Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.
“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.
Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
12

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote neotoxin 30-7-2013 12:41 PM
kan ada video dia sekali kat utube
Quote mikasa 30-7-2013 12:43 PM
apa yang menghina nyer?
Quote BotakChinPeng 30-7-2013 12:43 PM
Lu apa hal
Quote perang_candu 30-7-2013 12:45 PM
entah.. tak de isu pon kat sini....

Mohon thread di tutup
Quote Simunggu 30-7-2013 12:45 PM
ucapan selamat hari raya...bukan masalah pun......dia bukannya makan benda haram tapi tulis halal dan ucap pula selamat bulan ramadan....tu cari pasal nama nya....
Quote xanderz 30-7-2013 12:48 PM
kecoh kat fb dan laman sosial, ramai membantah!
Quote zorrro_03 30-7-2013 12:50 PM
umat islam sibuk dgn benda bodoh gini.  kapir tepuk tgn...
Quote dafiza 30-7-2013 12:51 PM
tak der masalah pun.
Semua benda nak dijadikan isu....tu yang bermasalah.
Quote MengkuduMasam 30-7-2013 12:51 PM
anjing bukan haram dipegang pun.. unless kalo basah... buleh je samak pun...
Quote outcast 30-7-2013 12:52 PM
x terasa terhina pun ...
aduyai
Quote lizaliza 30-7-2013 12:52 PM
pelik aku orang melayu ni...
Quote perang_candu 30-7-2013 12:55 PM
xanderz posted on 30-7-2013 12:48 PM
kecoh kat fb dan laman sosial, ramai membantah!

Sini CI geng urban dan intelek dan berpendidikan tinggi dan pegi obersee..  jangan samakan dengan caprut FB ..

Quote mikasa 30-7-2013 12:58 PM
bodoh....banyak menda lain lagi penting kalau nak dijadikan isu..


inilah org Melayu islam zaman sekarang.. sikit2 nak melenting
Quote sapp73 30-7-2013 12:58 PM
dalam kita sibuk dan marah pasal bangsa lain yang kononnya menghina islam, hakikatnya ramai ummah islam sendiri yang melakukan pelbagai pekara yang menghina agama mereka sendiri...

Quote mat_krai 30-7-2013 01:03 PM
MengkuduMasam posted on 30-7-2013 12:51 PM
anjing bukan haram dipegang pun.. unless kalo basah... buleh je samak pun...

mengikut pendapat lain hanya air liur anjing je yg perlu disamak
Quote snipersnake 30-7-2013 01:05 PM
org islam tgh kena sembelih kat rohingya, mesir, palestine, syria..

org islam malaysia sibuk benda mcm nih..

Quote PostBanhammer 30-7-2013 01:09 PM
mat_krai posted on 30-7-2013 01:03 PM
mengikut pendapat lain hanya air liur anjing je yg perlu disamak

Air liur saje? Cemana dengan taik dia lak?

Quote lkick2113 30-7-2013 01:12 PM
islam terhina lagi ke???
Quote pakwetizzaqyah 30-7-2013 01:15 PM
cina ahli syurga

Lihat semua komen(311)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064251 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top