Mesra dengan panggilan Guru, anak jati Pulau Pinang, K Gurunathan dipilih sebagai Datuk Bandar Daerah Kapiti Coast di Wellington, New Zealand selepas meraih 8,911 undi dengan menewaskan lima calon lain, termasuk penyandang jawatan itu, Ross Church dengan majoriti 2,300 undi. Laman web Majlis Daerah Kapiti Coast menyifatkan keputusan itu amat mengejutkan kerana sebelum ini K Gurunathan pernah tewas kepada Church pada 2013 dalam pemilihan Datuk Bandar 'etnik' pertama Kapiti, namun kali ini Church sekadar memperoleh 6,611 undi. K Gurunathan layak bertugas bagi tempoh satu penggal, bermula tahun ini sehingga 2019.
Menurut K Gurunathan, New Zealand sedang mengalami perubahan, terutama di kawasan bandar seperti Auckland yang mana demografik terus berubah dengan ketara disebabkan pendatang baharu, sekali gus memberi peluang kepada perwakilan politik. "Mesej utama dalam kempen saya adalah untuk menjadikan Kapiti sebuah daerah yang terbuka, telus dan bertanggungjawab." "Migran dan minoriti bukan satu isu walaupun ada sebahagian daripada pengundi berkata, saya tidak boleh menang jawatan itu." K Gurunathan pernah bertugas dengan media Malaysia sebelum berhijrah ke Wellington pada 1995 bersama isterinya yang juga warga New Zealand, Claire dan dua anak mereka. Tambah beliau, selain kepercayaan masyarakat, sokongan keluarga, kemenangan itu juga disebabkan oleh rekodnya sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan selama dua penggal sejak 2010.- CARI |
19
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
14
Sedih |
13
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT