CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tomato Sushi Untuk Mereka Yang Alergik Makanan Laut

11-10-2016 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16757| Komen: 26


Bukan semua orang dapat menikmati rasa ikan yang segar dan enak, mungkin kerana ada masalah alergik mahupun sememangnya tak gemarkan makanan laut. 


Begitu juga dengan mereka yang mengamalkan sayur-sayuran sahaja atau dikenali sebagai vegan. Kini, semakin banyak menu berasaskan ikan dan makanan laut digantikan dengan sayuran yang tak kurang enak dan segarnya. 

Paling baru, anda yang ingin berjinak-jinak dengan makanan Jepun, sushi kini ia dihidangkan dengan menggunakan tomato sebagai bahan utama. 

Tomato Sushi ini ditampilkan mirip dengan sushi tuna yang sangat enak, namun tidak menggunakan daging ikan langsung. Yang ada hanyalah hirisan tomato Roma. 

Menariknya, tomato Roma ini dijadikan alternatif kepada tuna kerana dikatakan mempunyai tekstur dan rasa yang seakan-akan sama. 





Jangan risau, kerana tiada apa-apa perisa tambahan dimasukkan ke dalam tomato berkenaan. Sebaliknya, penyediaannya yang membuatkan tomato itu bertambah lazat dan segar. 

Antara bahan yang digunakan untuk menjadikan tomato Roma seakan-akan menyerupai rasa tuna ialah dengan campuran sos soya, gula, air dan minyak bijan. 

Sudah tentu ia menjadi berita baik buat anda yang tak gemarkan makanan laut, dan bagi mereka yang mempunyai penyakit tertentu seperti alergik dan juga gout. Kini boleh menikmati Tomato Sushi ini dengan perasaan tanpa rasa bersalah! - CARI 






INFO TOMATO
+ Sangat baik untuk kulit kerana mengandungi lycopene yang tinggi.

+ Ia juga tinggi dengan kandungan vitamin A dan C, serta sangat digalakkan diambil mentah. 

+ Simpan dalam suhu bilik untuk kekalkan kesegaran tomato untuk jangka masa lama. 


Foto: Carian google

1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 11-10-2016 11:48 AM
Menarik boleh le try nanti
Quote DeeHanania 11-10-2016 03:03 PM
Menarik&sedap...
Quote mirandanicky1 11-10-2016 03:28 PM
Macam best juga ni why not
Quote delisha09 18-10-2016 12:42 PM
nmpk mcm sedap je
Quote insulin 18-10-2016 12:46 PM
Agak menarik kandungan bahan2 sushi nih.
Quote anees~nuhara 15-12-2016 11:22 AM
sdapnyeeeeeee
Quote Arlina 19-6-2017 12:43 AM
vegan pleasing food..ergh
Quote Revolver 22-6-2017 04:13 PM
aishhh... ni nak buka sushi ni :-D
Quote zupinkz 27-7-2018 06:47 PM
Nampak menarik..
Quote Foxey 25-8-2018 11:55 PM
Makan tomato on its own pun dah sedap. Kadang cherry tomato ni manis macam buah
Quote delisha09 24-6-2019 11:59 PM
byk khasiat buah tomata i...kult pn jadi cantik n mulus
Quote neto 28-6-2019 10:52 PM
tgk macam sedap...
Quote me.me 22-7-2019 10:51 AM
wow.. cam sedap..
Quote anees~nuhara 20-9-2019 10:29 AM
Quote cikatilia 20-9-2019 12:29 PM
wahh
sihat kan makan tomat byk2 tanpa rasa guilty and sedap plak


Quote chombee2010 19-3-2021 01:11 AM
bagus utk org alergik mcm iols ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046369 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top