Penemuan terbaru hasil dari kajian saintis antarabangsa mendedahkan yang lelaki berjanggut sebenarnya lebih menjadi pilihan wanita. Wow! Janggut akan menyerlahkan lagi aura kelelakian dan kejantanan seseorang lelaki berbanding mereka yang bermuka jambu sebab ianya akan memberikan penekanan pada tulang rahang lelaki. Tak berkelip mata wanita memandang lelaki berjanggut, kalau tak percaya tengok sahaja selebriti terkenal dunia macam Leonardo DiCaprio, George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham. Kertas kajian mengenai janggut lelaki ini diterbitkan oleh sepasukan ahli psikologi yang dipimpin Dr. Barnaby Dixson dari Universiti Queensland di Australia dan paling menarik ketebalan janggut boleh menentukan tahap kebahagiaan sesebuah keluarga.
Paling ideal janggut sederhana kerana lelaki jenis ini dianggap akan menjadi bapa dan pelindung yang baik dalam keluarga. Manakala janggut sederhana pula mempunyai potensi untuk berkahwin hanya bagi jangka masa yang pendek. Jadi lelaki di luar sana dah boleh simpan janggut sekarang untuk menarik perhatian wanita idaman anda! Tips untuk cepat tumbuh janggut paling senang! Guna mentega sahaja. Caranya? sapu mentega di bahagian dagu dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air sejuk. Lakukan rutin ini setiap hari dan hasilnya anda akan jadi lebih 'handsome' dari Chris Pine. -CARI |
caden. replied at 2-11-2016 11:01 AM
sunnah nabi tu lelaki kena ada janggut. janggut aku sejemput je
ADVERTISEMENT