CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sikap Pegawai Perubatan Kurang Prihatin & Kelewatan Ambulan Dikesali Netizen

7-10-2016 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6295| Komen: 7|Original author: TS LOO



sumber foto: megatrader.com.my


Berita kelewatan ambulan tiba di lokasi kejadian memang sering kedengaran. 

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Doktor Zainal Indram turut mengumumkan pihak kementerian kesihatan bersama St.John Ambulance of Malaysia (SJAM) dan Malaysian Red Crescent Society (MRCS) akan mengadakan sesi percubaan bagi memendekkan waktu ketibaan ambulan, dengan harapan dapat sampai di lokasi kemalangan dalam masa 10-15 minit untuk menyelamatkan mangsa.

Akan tetapi, baru-baru ini, ada netizen mengadakan perkongsian di facebook, juga mengenai ambulan yang lewat sampai di lokasi kejadian, lalu mengakibatkan seorang warga emas meninggal dunia.


Loading FB Post...


Netizen Syahiza beritahu di statusnya, dia berjumpa jirannya yang sudah lama tidak bertemu Rabu lalu, tetapi tanpa disangka jiran memberitahunya, "Suami saya Allan telah meninggal dunia tujuh minggu lalu."

Perkara itu amat mengejutkan dia, kerana ketika perjumpaan yang terakhir, kedua suami isteri itu semua kelihatan sihat.

"Saya sebarkan status tersebut, adalah untuk beritahu semua orang apa yang dialami oleh suami jirannya, dan berharap boleh menarik perhatian tentang khidmat kecemasan di Malaysia adalah sangat teruk."

Jiran memaklumkan Syahiza, tujuh minggu lalu, dia tiba-tiba terima panggilan daripada suaminya yang mengatakan bahagian dadanya rasa amat sakit dan sesak nafas. Lebih teruk lagi, suaminya tidak dapat turun tangga dari tingkat atas rumahnya. 

Selepas terima panggilan suaminya, jirannya segera menelefon 999 untuk panggil ambulan dan serta-merta pulang ke rumah. Menurut Syahiza, apabila jirannya sampai di rumah, rasa kecewa ambulan belum sampai. Sebenarnya ambulan telah menghabiskan 35 minit untuk sampai ke lokasi kejadian. 

Tetapi, yang lebih menyebabkan hilang sabar, apabila ambulan sampai langsung tidak membunyikan siren ketika tiba. Bukan itu sahaja pihak ambulan juga tidak menghubungi dan tekan loceng pintu.

Tambah Syahiza, jirannya berkata semasa menghubungi 999 dia telah menegaskan, suaminya tidak dapat bernafas, mungkin kerana berlakunya asma, jadi memohon pegawai ambulan bawa silinder oksigen untuk keperluan menyelamat.

Tetapi pegawai perubatan dalam ambulan tersebut enggan membawanya kerana berkata ia amat berat, maka suaminya hanya baring di katil dalam keadaan tenat. Dalam pada itu, mereka yang konon dipanggil sebagai pegawai perubatan itu sebenarnya tidak tahu cara bagaimana menjalankan CPR, dan juga tidak tahu melakukan bantuan pernafasan. 

Dengan begitu sahaja, suami jirannya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Habis dengar luahan jiran, saya tidak dapat kata apa-apa. Yang menyedihkan ramai lagi orang juga berdepan perkara sedemikian, atau pun mungkin akan terus berlaku di masa hadapan."

"Semua pegawai perubatan ambulan itu amat ketara tiada diberi latihan, tidak professional, dan lagi teruk adalah langsung tidak ambil kisah nyawa seseorang itu."

Memang selepas status itu dimuat naik di Facebook, bukan sahaja ada hampir ribuan orang berkongsi status itu, malah ramai netizen beri komen dan mengadu sebelum ini pun pernah  mengalami pengalaman yang sama.



Bagaimana dengan pendapat anda? Pernah alaminya juga? - CARI 
3

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
10

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 7-10-2016 04:19 PM
Alhamdulillah pnh 2 kali call ambulan utk arwah nenek masa dia sakit dulu..dorg dtg segera... n beri bantuan sewajarnya...
Quote zulka 7-10-2016 04:35 PM
tak semua mcm tu...
ni ambulance sub-con kot...
Quote Ms_bumbo 7-10-2016 04:49 PM
Ambulan Hosp swasta kot.. tak semua mcm tu, kdg sebab traffic (org xnak bg jalan, sebab ada yg mmg bangang). Tapi kalau smpai bg alasan tak nak ankat silinder oksigen tu sbb berat mmg melampau la..Bukak ke silinder tu sekali dgn trolley yg beroda tu?
Quote shernazz 7-10-2016 04:55 PM
xmembunyikan siren tu kenapa?
kau igt atok tu main.main sakit ke?
alhamdulillah setakat aku tgk semua bg jalan pada ambulans bomba jpam...walaupun sempit jalan tu..kami usahakan juga...
contoh - flyover bt14 puchong sesak yahamat dolu...

well..tercerita pengalaman pula
Quote asmimie 7-10-2016 05:46 PM
Cerita ni pukul rata je semua perkhidmatan ambulan swasta n kerajaan...yg under kerajaan ni setau saya semua terlatih..mereka mmg diajar ttg asas cpr..dan dlm setiap ambulan tu biasanya akan ada pembantu pegawai perubatan bersama2 dgn driver..
Klau yg mcm st john..Jpam tu mmg dorg amik je patient n anta ke hospital..kdg patient yg dah meninggal kt tempat kejadian pun dorg angkut bwk ke hospital...
Quote giyomi 8-10-2016 12:37 PM
Mesti ada kebenaran pada citer ni, mmg kebanyakkan staf kecemasan lembab...tapi salahkan trafik dan kenderaan sebagai faktor kelembapan. Skrng ni I tgk ramai yg bagi jln kat ambulan wlpon pada hakikatnya ianya kosong nak balik port.
Quote merrissa 9-10-2016 05:01 AM
bak kata ummah.....dah ajallll

cer orang (pekeja ambulan) tuh yang kene sakit dada pastu kawan dia datang lengang dan lambat......baru dia tau...nak nyesal x gune...sebab dah ajal hang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063264 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top