Nampaknya bahang Gegar Vaganza 3 (GV3) semakin terasa apabila keluar bermacam-macam cerita mengenai peserta musim baharu ini.
Selepas Nora Ariffin mengenakan "syarat" kepada pihak Astro, vokalis kumpulan Umbrella, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, pula mengakui bahawa dia telah mengambil cuti tanpa gaji hanya kerana ingin menyertai program Gegar Vaganza Musim ke-3 (GV3). Menurut Astro Awani, Zarul memberitahu tentang perkara itu ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan peserta Gegar Vaganza 3 bertempat di LOL Live House, TREC, Kuala Lumpur. “Saya masih lagi bekerja dengan Malaysia Airlines (MAS) cuma saya ambil cuti tanpa gaji untuk sertai GV3. “Pada mulanya pihak pengurusan agak berat untuk melepaskan saya tapi selepas mempertimbangkan beberapa sebab dan juga permohonan itu, akhirnya mereka meluluskan cuti tersebut. “Saya berterima kasih kepada pihak pengurusan MAS kerana memahami situasi saya,” katanya. Penyanyi yang popular dengan lagu "RamalanKu Benar Belaka" itu turut memberitahu bahawa kesemua peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) adalah hebat-hebat belaka. Pasti ramai yang sudah tidak sabar lagi menantikan persembahan peserta kegemaran masing-masing di pentas Gegar Vaganza 3 (GV3). Sama-sama kita saksikan Gegar Vaganza 3 (GV3) di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada 16 Oktober ini. - CARI |
14
Bagus |
10
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
15
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
terpaku replied at 7-10-2016 03:46 PM
remvessss sangat tengok heshe.... daddy memang taste i..
mehla join Kelab Oh Bang Zarul Kau Pramu ...
ADVERTISEMENT