Dua video rakaman CCTV telah menjadi viral, memperlihatkan satu rompakan menggunakan parang terjadi terhadap dua orang wanita.
Kejadian mengerikan itu dipercayai berlaku di Ara Damansara pada lewat malam sekitar jam 3.40 pagi. Mangsa yang memandu kereta Myvi dikatakan telah diekori oleh penjenayah yang menaiki Honda Accord tahun 1994. Wanita terbabit cuba untuk melarikan diri ke dalam kawasan perumahan terdekat namun tidak dibenarkan untuk memasuki pintu pagar lantaran tiada bukti penduduk di situ. Loading FB Post...
Tidak tahu apa silapnya namun kejadian mengerikan ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua agar tidak memandu pada lewat malam terutamanya di kalangan wanita. Dalam pada itu, di media sosial tersebar status dari seorang lelaki yang mendakwa sebagai abang kepada suspek. Melalui luahan itu, ia menarik perhatian netizen kerana lelaki berkenaan jelas mahu menjernihkan keadaan. Selain meminta maaf, dia sanggup untuk memberikan ganti rugi kepada si mangsa. "Saya memohon maaf kepada semua terutama sekali mangsa atas kegagalan saya untuk memberi didikan sempurna untuk adik saya di dunia dan akhirat... "Dan video di atas 99% adalah adik kesayangan saya.." Begitulah antara luahan lelaki tersebut yang nampaknya begitu kesal dengan kejadian tersebut. terbaru, kereta yang digunakan suspek telah pun ditemui oleh pihak berkuasa. Apa pun, dalam kejadian tersebut, memberi peringatan kepada semua agar sentiasa berhati-hati terutamanya ketika memandu waktu malam. Begitu juga dengan ahli keluarga yang sanggup menanggung kesalahan, anda adalah contoh yang terbaik. Meskipun ia bukanlah berpunca daripada anda, namun sekurang-kurangnya mampu memulihkan keadaan yang semakin berserabut dan bercelaru terutama di kalangan mangsa. - CARI |
13
Bagus |
14
Marah |
9
Terkejut |
8
Sedih |
3
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
awaynepian replied at 6-10-2016 07:41 PM
99 % adik dia..mana lagi 1%??
ADVERTISEMENT