CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil Dan Pendek. No 4 Paling Best

5-10-2016 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20237| Komen: 39



Andai anda dilahirkan dengan tubuh yang kecil dan pendek, jangan sesekali merungut atau hilang keyakinan diri.


Setiap ciptaan pasti ada sebab dan kelebihan tersendiri. Sebenarnya, tubuh kecil atau pendek boleh memberikan banyak kelebihan dan kemudahan dalam hidup.

Usahlah pedulikan badan orang lain yang langsing dan tinggi lampai persis model kerana disebalik anugerah yang diterima, mereka tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti yang dirasai oleh wanita bertubuh kecil dan pendek. 

Nak tahu apa kelebihan bertubuh kecil dan pendek? Mari kita periksa, mungkin ada yang tak perasan.


1. Mudah Mengenakan kasut bertumit tinggi
Pakai kasut tumit tinggi? Tidak ada masalah. Anda boleh memakainya dengan mudah. Dan anda pasti setiap masa tampil lebih feminin dan anggun dengan kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh membuat diri kelihatan lebih seksi dan menarik.


2. Boleh cuba pelbagai jenis baju
Bertubuh kecil atau pendek, anda bebas memilih pelbagai jenis baju. Malah anda boleh tetap mencuba baju-baju lama walaupun sudah berusia 20-an. Pelbagai rekaan dan model baju terbaru yang kelihatan hebat dengan mudah anda boleh mengenakannya.


3. Kelihatan awet muda
Mungkin anda masih dikira masih remaja walaupun kini berusia 20-an. Tetapi itu menjadi tanda jika anda selalu kelihatan awet muda. Orang sering salah meneka usia anda. Mereka kerap mengira usia anda masih belasan tahun walaupun sebenarnya usia anda sudah hampir dewasa.


4- Mudah diangkat
Dengan tubuh yang kecil, pasti berat badan juga ringan. Jadi andai kata terjadinya perkara yang tidak diingini seperti sakit, pengsan atau terseliuh, mudah untuk orang yang nak menolong mengangkat/mendukung anda. Bagi lelaki yang mendapat teman wanita atau isteri yang kecil molek, sudah pasti sangat menguntungkan.

5. Mudah mengisi tempat
Naik kenderaan umum, anda boleh mendapatkan tempat duduk dengan mudah. Dengan tubuhmu yang kecil, anda lebih lebih menjimatkan ruang. Ini juga menguntungkan bagi orang-orang di sekeliling. Mereka boleh mendapat tempat yang lebih longgar dengan kehadiran anda.


Itulah antara 5 kelebihan menjadi wanita bertubuh kecil dan pendek. Kebanyakan lelaki juga lebih suka memilih wanita yang lebih rendah kerana tahap keyakinan diri seorang lelaki juga akan terasa lebih tinggi bila mendampingi wanita rendah. Betul tak? - CARI

Foto - www.hipwee.com


15

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
4

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 5-10-2016 04:19 PM
  siap bgtau no.4 paling best
Quote Emperor95 5-10-2016 04:28 PM
Rasanya perempuan dengan kecil dan rendah ini biasa menjadi pilihan ramai lelaki.
Quote Mary_jane 5-10-2016 04:30 PM
Yang penting harus slightly rendah dari pasangan.
Quote kikuri 5-10-2016 04:38 PM
tapi kesian bila tak boleh nak ambik barang tinggi... lagi kesian bila laki aku buat rak tinggi dan besar utk letak oven n microwave...so aku terpaksa panjat kerusi untuk bukak suis
Quote manehnya 5-10-2016 04:51 PM
mmm yaa

betul la tu.. tapi yg sedih anak darjah 2 dh sama tinggi ngan mak huhu
Quote tagas 5-10-2016 05:47 PM
Like no.4 sbb senang nak main timang

cecah pangkal gitu
Quote mystica 5-10-2016 07:09 PM
Perempuan petite ni comel
Quote mbhcsf 5-10-2016 07:59 PM
kasut tumit tinggi ni
i have to say - macam manahampa pakai  ye? tak sakit ke  - tak rasa nak just get it removed ke as soon as you reach your desk?

i mean - kalau dalam  banda yg kebanyakan org berjalan fast paced dan memang laju ...kasut tumit tingi isk isk isk ....so so...hmm....sakit lah
Quote ahnafnia 5-10-2016 09:59 PM
dah tua pun org panggil budak sekolah lagi





Quote mbhcsf 5-10-2016 10:08 PM
okay ade seorang yg saya kenali dan hmm kelakar jugak , hubby dia nice and smart guy  and his wife badan kecik je, so bila pi shopping ke ape ke, ada je org kata ni 'anak 'ke? sambil merujuk kepada wife dia

hehehe sweet ....my add maths teacher tu
Quote retnoel 5-10-2016 10:34 PM
Akak setuju je...
Quote Inezkhalidi 6-10-2016 01:12 AM
Teringat seorang kawan sekerja Ibu yang selalu naik bas dapat harga bebudak walhal dia naik dengan anak dia. Comel jer orangnya...
Quote kumi9609 6-10-2016 01:26 PM
hahaha nice...
Quote intriQue 6-10-2016 01:43 PM
Takpelah tak pendek pun
Quote -electrifying- 6-10-2016 02:08 PM
ya betul tu, mudah diangkat, lebih2 lg bila nk bercumbu, xnk dia jongket2
Quote sharlenetexas 6-10-2016 03:08 PM
sheila majid, nora danish, atilia
Quote azie5zoe 7-10-2016 10:27 AM
tapi jadi org saiz mcm ni jd bahan jugak..mcm baru2 ni jabatan hakak ada buat family day...memasing suruh hakak masuk barisan untuk games anak2 staff...
Quote che_kembang 8-10-2016 06:17 PM
no 3 la kot slalu kena..padehal aku lg tua dr dieorg yg gelar diri sendiri akak2 tu..

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059724 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top