Nampaknya satu persatu makanan unik menjadi trending di laman Instagram. Terbaru, pencuci mulut yang dipanggil sebagai ais krim ramen telah menjadi kegilaan ramai orang.
Apa yang istimewa sangat dengan ais krim ramen. Tunggu sebentar? Adakah ia diperbuat daripada mee ramen yang menjadi makanan orang Korea dan Jepun? Iyalah ramai yang tahu tentang mee ramen pedas yang membuatkan mulut seakan dicili-cili pedasnya, namun tetap menjadi pilihan. Sebenarnya ais krim ramen ini berbeza, tidak sesekali menggunakan mee ramen sebagai bahan utamanya. Ia hanyalah inspirasi daripada mee ramen kerana ia diperbuat daripada jeli yang menyerupai mee. Dihidangkan seakan-akan air batu campur, ais krim ini dipenuhi dengan ais, buah-buahan segar dan juga susu. Manakala jeli yang menyerupai mee ramen itu didatangkan dengan beberapa perisa seperti teh hijau, madu dan juga gula perang.
Terbayang-bayang pula rasa manisan ini yang pastinya menyegarkan, bukan begitu? Harapnya akan ada versi di Malaysia dengan segera ya! - CARI |
30
Bagus |
38
Marah |
11
Terkejut |
23
Sedih |
39
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 5-10-2016 11:38 AM
mcm mkn minyak rambut je..
ADVERTISEMENT