CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Memikat Hati Suami : Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

4-10-2016 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9155| Komen: 7


Kredit foto - iresipi.com


Sayur pucuk paku masak lemak cili api sememangnya hidangan kegemaran ramai dan penambah selera jika dimakan bersama nasi hangat.

Tetapi masakan ini jarang boleh didapati di restoran kerana hanya restoran tertentu saja yang menyediakan hidangan ini, sebagai contohnya restoran masakan ala kampung.

Jadi, kalau teringin nak merasa pucuk paku masak lemak cili api bolehlah cuba buat sendiri dirumah dengan mengikut cara-cara dalam resepi dibawah ini. Resepi dipetik dari iresipi.com.

Sebelum itu, kalau nak beli pucuk paku pastikan daunnya masih segar dan tidak layu. Jika daunnya sudah bertukar warna gelap di hujung, maknanya daun sudah lama dipetik dan tidak segar. Tips ini sangat penting kerana kalau kuah lemak anda "menjadi" tetapi pucuk paku tak segar, memang kurang sedap.

PASTIKAN PUCUK PAKU YANG MASIH SEGAR. Kredit foto - ezujusoh.blogspot.com


MASAK LEMAK PUCUK PAKU
2 ikat pucuk paku
2 biji keledek oren- dipotong sederhana
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 batang serai - diketuk
3 ulas bawang putih-dikisar
2 ulas bawang merah- dikisar
5 tangkai cili padi hijau- dikisar
1 inci kunyit hidup- dikisar
sedikit garam, gula, ajinomoto

CARA MENYEDIAKANNYA
1. masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih
2. masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
3. seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar..
4. akhir sekali masukkan pucuk paku
5. masak sehingga pucuk paku empuk
6. Sedia dihidang


Tips : Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul. 

Hari-hari masak kari, sayur air pun bosan juga. Sesekali buat sayur masak lemak pucuk paku pasti suami pun terpaku. - CARI


28

Bagus
12

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 4-10-2016 05:41 PM
pucuk paku goreng belacan lagi sedap kot
Quote drivethru 4-10-2016 07:15 PM
Masak lemak kuning pucuk paku + cendawan kukur. Makan dgn nasi panas dan ikan masin sepat.
Quote dubuk 4-10-2016 08:09 PM
oh sedapnyaa
Quote Hiamai 4-10-2016 08:26 PM

Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Quote AppleJack 4-10-2016 08:33 PM
sedapnya
Quote fishcracker 4-10-2016 09:04 PM
sedap ni..lawankan ikan goreng garing2,sambal belacan ke..
Quote mirandanicky1 5-10-2016 01:28 AM
Inipun sgt sedap..mkn dgn smbl belacan, ikn kembung grg atau aym kg grg berempah dan nasik panas2

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.142772 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top