Pelakon, Nadiya Nisaa mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya sejak Ramadan lalu iaitu ketika mengandungkan anak keduanya. Berita menyedihkan pada Julai lalu, bayi kandungan kedua beliau meninggal dunia ketika masih di dalam perut. Nadiya yang kini sudah 3 bulan berhijab memberitahu sebenarnya beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung tetapi sebelum ini beliau masih lagi terikat dengan beberapa kontrak kerja. "Saya bertudung kerana Allah sudah bukakan pintu hati sebagai hambanya untuk memenuhi tuntutan agama yang hakiki. "Doakan penghijrahan saya ini istiqamah kerana masih banyak yang saya perlu belajar," katanya kepada Kosmo! Lebih mengembirakan, penghijrahannya itu turut disambut baik oleh suaminya, Saiful Razman Kasim.
“Ayat pertama yang keluar dari mulutnya memberitahu betapa cantiknya saya bertudung. Dia amat sukakannya,” katanya kepada Utusan Online. - CARI |
26
Bagus |
Marah |
5
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT