Pengarah dan juga pelakon terkenal, Syamsul Yusof, 32, berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana, 30, kini sedang hamil.
Menurut Syamsul, isterinya kerap mengalami muntah dan kandungannya itu kini hampir memasuki usia tiga bulan. "Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini. "Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat," katanya.
Syamsul dan Puteri Sarah yang bernikah pada Mac 2014 berkata, beliau reda apabila isterinya mengalami keguguran pada tahun lalu. Dalam perkembangan terbaru Syamsul, filem Munafik arahannya bakal menembusi pawagam Indonesia dan ditayangkan di 30 pawagam di seluruh negara itu bermula 5 Oktober depan. Tahniah buat Syamsul dan Puteri Sarah untuk dua berita yang mengembirakan ini. - CARI |
37
Bagus |
25
Marah |
22
Terkejut |
24
Sedih |
31
Lawak |
43
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
damian_lee replied at 28-9-2016 02:00 PM
Tahniah
semoga bangla busuk hati dah move on ... xyah dia buat hal ...
ADVERTISEMENT