|
Memang banyak kisah bagaimana hubungan akrab dan kasih sayang antara manusia dan juga haiwan dipaparkan. Yang satu ini, tak kurang sedih dan menyentuh jiwanya. Seekor bayi kanggaru telah kehilangan ibunya selepas dilanggar oleh sebuah trak di Australia Barat.
Namun, nampaknya nasib menyebelahi kanggaru comel ini apabila seorang polis, Konstabel Scott Mason sudi menjaganya. Yang lebih menyentuh jiwa, haiwan berusia 4 bulan itu benar-benar menganggap polis itu seperti ibunya sendiri dan gemar duduk di dalam baju kerana menganggap ia seperti 'poket' ibunya. Scott telah berkongsi di laman sosial, video bagaimana kanggaru comel itu memanjat dan ingin memasuki ke dalam bajunya. Loading FB Post...
Mungkin sudah lumrah seekor kanggaru yang memang gemar tinggal di dalam 'poket' ibunya, nampaknya Scott begitu terbuka hati melayani karenah dan juga aktiviti haiwan tersebut. "Sebab ia perlu diberi makan setiap 3 jam sekali, boleh dikatakan ia seperti anak saya sendiri," Scott bercakap kepada Perth Now. Polis ini bercita-cita membuka sebuah pusat untuk haiwan liar bagi menyelamatkan puluhan haiwan yang semakin pupus di sana. Mulianya hati! - CARI |
|
23
![]() Bagus |
32
![]() Marah |
32
![]() Terkejut |
13
![]() Sedih |
21
![]() Lawak |
45
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.234488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.